GALERI

Jumaat, 24 April 2009

kursus kayak Star One di Paya Indah Wetland

gambar peserta kursus di hari akhir latihan. kulit ada sdikit gelap la selepas berjemur tengah tasik berkayak dari pagi ke petang.

salah satu latihan berkayak iaitu berkumpul.... hhuhuhu nasib baik dah pandai berkayak. kalu la tu nak main kayak, amik masa gak nak mendayung n nak serasi dengan kayak. tambahan pula berdua satu kayak.

aktiviti water confident.... keyakinan diri di air.... kitaorang diajar mengapungkan badan di air dengan memakai BA. ada yang tak tahu guna BA nie bahaya gak. duk guna BA ni kene menelentang baru ok, tapi yang menelangkup kedudukan nya tu boleh lemas la.... salah teknik.... huhuhuh.....
tengah2 buat aktiviti tu, bleh plak cite pasal ikan toman besar tong dram yang bebudak PIWetlan pernah jumpa.... cuak gak bebudak perempuan.... heheheheh ( betul ma)




lawak tak??? orang berkayak di air ti kotaorang kene berkayak di darat.....



taklimat oleh juru"letih", penat melayan karenah kitaorang, yang nie baru lepas kene angkat kayak keliling pokok kelapa. hahahahah, upacara memanaskan badan katanya.....
yang tengah pakai BA tu budak kayak Malaysia. Pernah mewakili Malaysia untuk sukan kayak.




kain yang dijumpa i berhampiran dengan bangkai gajah. mungkin pnyebab kematian gajah nie. ada lima helai kesemuanya.


bergambar di air terjun injin, suasana mendamaikan dan dingin, sesuai untuk melepaskan kepanatan setelah 6 jam meredah hutan dengan motor. bikan aku naik motor tapi ,motor yang naik aku.



ini tujuan utama kitaorang.... menyiasat kes gajah mati yang ditemui oleh orang asli.... betul2 atas jalan balak... gading dah settel orang amik... taktahu mati sebab apa, sampai2 tinggal tulang berselerakan. nak bawak balik tengkorak, perjalanan balik ada la 2 hari lagi.... huhuhu


dah penat menjala n memancing apa lagi, makan la... ikan besar takde, anak2 jek dalam 4 jari. hari hujan.... susah nak dapat ikan besar. tp ikan kecik banyak....



seronok menyalai ikan, memasak hasil tangkapan untuk makan malam di hari ke dua. makan ikan sampai naik muak.... kat sini kuak2 ikan baru nampak air... hehehe




tempat bermalam hari pertama, 6 jam bergerak dari kg esok, skrang nak lepak2 sblum sambung kerja buat titi sebab jalan runtuh.



dulu jalan ikut sini, tp dah runtuh... jd gaung, 30 kaki ada dalam nya. kalau jatuh tak dapat nak amik la dua orang nie









kenaboi advanture nature


Menyambut hari kemerdekaan di dalam hutan, kerja gila bagi orang gila macam kitaorang. perjalanan ke sempadan 3 negeri, selangor, pahang dan n.9. menaiki motor yang diubah suai. 7 orang dalam pengembaraan kali ini.

objektifnya...... mencari tempat sesuai untuk "berekreasi"....



Dengan bantuan 3 orang tempatan, abang mie bersama 2 anak buahnya, menjadi juru pandu kami ke destinasi. Destinasi yang dituju adalah kawasan matau balak lama ( 50 tahun ) mungkin,.... hulu sungai kenaboi. Banyak cerita mengenai kawan tersebut. ianya gah dengan cerita-cerita hidupan liar dan keindahan alam floranya. memang betul seperti yang dikatakan...


perjalanan selama 4 hari 3malam dari Kg Esok ke Kenaboi memang berbaloi... mengikiti jalan balak lama yang sudah rosak akibat daripada aktiviti kembara 4x4 (5 tahun lepas aku rasa) amat menjerihkan. jalan balak berlekuk2 kesan tayar 4x4, tanah runtuh akibat hujan, terpaksa kitaorang bina jambatan..... rumpun buluh yang menutup jalan balak terpaksa dipotong untuk memudahkan laluan motor kami...


hari pertama yang menjerihkan diakhiri dengan persinggahan di air terjun Injin.... segala kepenatan hilang bersama2 dengan deruan air terjun. air yang menyamankan, suasana dingin sekeliling dan bersahutan kicauan burung yang jarang dilihat.