GALERI

Jumaat, 24 April 2009

kenaboi advanture nature


Menyambut hari kemerdekaan di dalam hutan, kerja gila bagi orang gila macam kitaorang. perjalanan ke sempadan 3 negeri, selangor, pahang dan n.9. menaiki motor yang diubah suai. 7 orang dalam pengembaraan kali ini.

objektifnya...... mencari tempat sesuai untuk "berekreasi"....



Dengan bantuan 3 orang tempatan, abang mie bersama 2 anak buahnya, menjadi juru pandu kami ke destinasi. Destinasi yang dituju adalah kawasan matau balak lama ( 50 tahun ) mungkin,.... hulu sungai kenaboi. Banyak cerita mengenai kawan tersebut. ianya gah dengan cerita-cerita hidupan liar dan keindahan alam floranya. memang betul seperti yang dikatakan...


perjalanan selama 4 hari 3malam dari Kg Esok ke Kenaboi memang berbaloi... mengikiti jalan balak lama yang sudah rosak akibat daripada aktiviti kembara 4x4 (5 tahun lepas aku rasa) amat menjerihkan. jalan balak berlekuk2 kesan tayar 4x4, tanah runtuh akibat hujan, terpaksa kitaorang bina jambatan..... rumpun buluh yang menutup jalan balak terpaksa dipotong untuk memudahkan laluan motor kami...


hari pertama yang menjerihkan diakhiri dengan persinggahan di air terjun Injin.... segala kepenatan hilang bersama2 dengan deruan air terjun. air yang menyamankan, suasana dingin sekeliling dan bersahutan kicauan burung yang jarang dilihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan