Bulan 5 aritu aku baru jek keluar dari Taman Negara Pahang. Banyak benda baru dan menarik aku jumpa. Pengalaman dari menaiki bot menghilir Sungai Tahan . Mendaki tebing 90 darjah dari ketinggian 300 meter ke 7oo meter. Tidur dalam beg palstik sampah dan macam2 lagi.
Hari pertama
Hari pertama
Perjalanan dari N9 ke Kuala Tahan agak memenatkan. Bertolak jam 2.00 petang sampai jam 10 mlm. Oleh Kerana dah pukul 10.00, bot untuk ke Kuala Tahan dah takda, terpaksalah bermalam di rumah penginapan berhampiran. Kos dalam RM60 semalaman untuk 4 katil sebilik. Agak selesa walaupun serba kekurangan. Malam tu tak dapat tido sebab dah banyak tido sepanjang perjalanan. Jadi masa yang ada tidak dibazirkan begitu sahaja. Group aku packing bebarang untuk masuk hutan keesokan harinya.
HARI KE-2
HARI KE-2
Esok bangun awal walaupun tido lewat malam tadi. Mungkin keghairahan untuk menempuhi cabaran kali ini agak memuncak tinggi. Kitaorang bersarapan di restoren terapung sebelum bergerak ke seberang untuk taklimat lanjutan aktiviti. Setiba di seberang, kitaorang diberi peta dan laluan serta bertemu dengan 2 orang lagi kawan seperjuangan yang bakal sama2 menempuhi cabaran kali ini.
Laluan yang kita orang dapat dari
Laluan yang kita orang dapat dari
Kuala Tahan - Kuala Keniam - Kuala Sat - Sungai Bengor - Sg Rawa - Bukit 240 -
Bukit 259 -Puncak Bukit 710 - Sg Keniam Kecil - keluar ke Kuala Keniam.
Sekiranya dilihat dari peta laluan banyak kawasan rata hingga ke kaki Bukit 240. Perasaan gembira berbunga2 bila tau laluan yang mudah bakal ditempuhi.
Setelah siap segala persedian, cabaran bermula jam 10.00am dengan menaiki bot ke Kuala Sat. First time manghilir sungai Kuala Tahan. Selama ini hanya dapat dengar pengalaman rakan2 yang pernah merasai pengalaman menaiki bot di sini. memang menarik dan mencabar. Pemandu bot memang berpengalaman dan berkemahiran tinggi. Permandangan menarik sepanjang perjalanan menghilangkan rasa panas dek cahaya matahari di siang hari sewaktu menghilir. Sebelah kanan dapat dilihat perkampungan dan sebelah kiri pula keindahan permandangan lanskap hutan pinggiran sungai.
Setelah siap segala persedian, cabaran bermula jam 10.00am dengan menaiki bot ke Kuala Sat. First time manghilir sungai Kuala Tahan. Selama ini hanya dapat dengar pengalaman rakan2 yang pernah merasai pengalaman menaiki bot di sini. memang menarik dan mencabar. Pemandu bot memang berpengalaman dan berkemahiran tinggi. Permandangan menarik sepanjang perjalanan menghilangkan rasa panas dek cahaya matahari di siang hari sewaktu menghilir. Sebelah kanan dapat dilihat perkampungan dan sebelah kiri pula keindahan permandangan lanskap hutan pinggiran sungai.
Sesampai di Kuala Sat, kitaorng pun di tinggalkan..... huhuhu.... bermulalah cabaran..... kalu tengok laluan memang beh, nampak rata dan mendatar jek..... setelah setengah jam berjalan cabaran pertama dilalui..... sebenarnya kawasan nie banyak anak sungai, apa yang peritnya tebing sungai yang curam terpaksa kotaorang lalui. Nak ikut tepi sungai tak boleh, sungainya bengkang - bengkok macam ular kene palu. Laluan 100m atas peta boleh jadi 500m kalu ikut sungai. So terpaksalah turun dan panjat tebing anak sungai.... Tebing purata tinggi 4 kaki, yang paling tinggi 8 kaki. Dah kene 5 anak sungai penat bukan main.... hari pertama dah kene kaw2..... kitaorang lepak di anak sungai ke lima.... bermalam................. zzzzzzzzzzzzzz
HARI KE-3
Pagi2 dah kita orang bangun.... sarapan n packing barang. Aku tak makan hanya minum air jek... entah kenapa rasa loya tekak nak bersarapan. Perjalanan bermula dalam kul 900 pagi... Hari nie kitaorang pakat ikut laluan lain. Tak jadi ikut sungai B kita orang ikut sungai R dari sungai K kitaorang shoot ke BT240. Dalam kul 11.00 kita orang sampai rentis asli... Memang ada dalam peta.... Dah lama rentis nie wujud sampai ada dilukis dalam peta nie.... kul 12.00 kita orang shoot bearing ke BT240 dari ketinggian 100 m dari aras laut. Jalan punya jalan kita orang tersasar ke BT259.
Huhuhu ini kes ikut rentis orang asli punya pasal la.... hahaha..... hari dah gelap, kitaorang cari air..... tempat kitaorang lalu tu kawasan paya, airnya tak mengalir sangat..... so terpaksa port la jugak petang tu.... agak lewat dalam kul 5.30..... berebut cari pokok nak pasang hammock gantung.... heheheh.... budak sabah dalam group aku sibuk menebang pokok mati nak buat unggun api.... sebab keliling port kitaorang banyak jejak babi, kalu ada babi andaian aku mesti ada pak belang dan yang sewaktu dengannya.
si M dengan A pasang hammock (Hmok) kayu..... lambat la siapnya. kitaorang dah siap memasak dan mandi. Masak dekat Hmok aku. Malam tu kita orang tido awal, Hmok aku cun plak dapat pokok besar. tak macam semalam dapat pokok besar lengan, melendut Hmok aku.... skit pinggang....... Si CK plak tak habis2 pasang lagu Lemak Manis lagu rakyat Pahang. Katanya lagu tema masuk hutan kali nie..... hahahahah.....
sopan santun, anak melayu,
senyum terukir, senyum terukir di dalam kata,
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..........
HARI KE-4
Lepas sarapan kita orang gerak, terasa ringan skit hari nie beg.... baru 100m berjalan, jumpa plak kesan tapak kaki Harimau Kumbang. Baru lagi kesannya, may be malam semalam punya kesan.... Huhuhuh.... nasib baik tak sampai kem kitaorang. Jalan2 skit lepas tu jumpa plak buah langsat..... tak tahu la yang hutannyer ke orang asli tanam ke..... apa lagi, panjat la buat bekal dalam perjalanan.
Dalam kul 11.00am sampai di kaki bukit 700m....huhuhu tengok GPS ketinggian baru 300 m dari aras laut. Kiri dan kanan dah curam gila babi........ nak turun ikit jalan lain dah malas da.... Depan dinding batu 80 darjah..... huhuhu..... akhirnya keputusan semua nak panjat dinding batu tu.
Ingat senang jek..... tapi dengan keadaan memikul beg atas belakang nie menyukarkan pendakian tebing tu.
Petang tu jugak sampai ke puncak 710.... turun nak cari air.... rupa2nya sampai permatang 700 dah nak hujan.... apa lagi.... malam tu bermalam di atas permatang dengan tak ada air untuk memasak. Lepas pasang Hmok memasing, pasang flysheet untuk tadah air hujan. Harap2 dapat banyak air untuk memasak n bersihkan diri. Tunggu punye tunggu tak hujan2, renyai2 jek. dalam tadahan flysheet tak ada langsung air.... hahahah..... nasib baik aku takbuang nasi lebih masak untuk sarapan pagi tadi.... campur dengan ikan bilis hangus yang aku masak dari rumah aritu berkuahkan kicap dan bersayurkan kobis mentah.......... sekali hadap jek untuk 6 orang tu.... hahhahah...
Lepas isyak, perut lapar, air takda nak masak. Hentam biskut kering n ikan bilis hangus jek... dalam lapar2 tu tertido semua.... kedudukan Hmok aku betul2 atas laluan permatang... agak tinggi dan open..... pelik tengok bebudak lain tido tepi tebing, cL lagi la, duk dalam semak skit..... upenyer, malam tu hujan jam 12.30 tengahmalam, Hmok aku masuk tempias hujan.... angin malam tu kuat sangat. Patut la tadi diaorang suruh cari tempat lain.... aku ingat diaorang tak bagi pasang kat situ sebab laluan permatang.... buhuhuhu.....
operasi menakung air pun berjalan la.... aku dari Hmok mlas nak turun just tadah air yang mengalir dari flysheet aku dari Hmok..... dah standbay 3 botol air...... sejuk nak mampus.... dahla tak bawak sleeping beg , konon tahan sejuk pakai selimut busuk aku jek.... hahahah.... amik ko, tido dalam plastik sampah hitam yang saja aku bawak lebih untuk elak barang2 aku basah dalam hover sack....
Seksa betul tido malam tu.... dua helai seluar, 3 helai baju, stokin yang aku bawak 3 pasang aku pakai..... tapi sebab basah kena tempias, sejuk tetap sejuk. Plastik sampah tak berkesan sebab angin datang dari segenap sudut. flysheet aku dah macam nak tercabut......hahahah....
Hari Ke-5
Pagi tu bangun awal aku..... perut berkeroncong n tak dapat tido lena sangat sebab sejuk teramat sangat. Pekena Kopi O, Masak nasi.... lauk mewah skit pagi tu.... masak untuk dua bahagian, bahagian malam semalam n bahagian sarapan pagi.... hahahahah..... sume melantak macam orang kebulur..... pastu sume sakit perut sebab perut dah masuk angin..... apa lagi cari port la nak membuang.... catuan air di buat, sebotol sorang jek bleh pakai untuk membersihkan diri..... air tadahan guna untuk memasak dan basuh peralatan jek.... ok la tu.... sebab perjalanan hari nie kalu tengokkan dari peta menurun jek.... air jauh gak dalam 3 map persegi..... bila dah siap kitaorang gerak..... target nak sampai sungai besar lebih kurang 6 map persegi ( 6 kilo dalam peta la) tapi kena turun n panjat tebing gak.....
CL jumpa buah Mencuku..... macam buah tomato, isi macam manggis, rasa pun macam manggis tapi kalu salah kopek, getah bercampur dengan isi, masam nauzubillah..... huhuhuh.... CL n CM panjat n gegar pokok dari atas.... kita orang mengutip dari bawah.... lepak jap menikmati sajian alam semulajadi..... hahahahah.... mungkin rezeki kitaorang, dua jam berjalan lepas tu jumpa plak pokok langsat, may be orang asli nyer gak yang tabur biji kat situ.... betul2 tepi rentis diorang..... perjalanan agak memenatkan namun iltizam nak sampai sungai besar sebelum kul 4 buat kitaorang ketepikan perasaan penat tu.... laju gak berjalan.... dan akhirnya tak sampai gak sungai besar..... just sampai anak sungai selebar 16 kaki.... sedalam 3 kaki,,, ada gak kaw aras betis....
berhenti awal gak petang tu..... lepas pasang Hmok..... ada yg msak, ada yang membersihkan diri dan ada yang memancing.... kawasan tu memang boleh memancing.... ikan ada la besar 3 jari.... jadik la nak buat penambah selera setelah beberpa hari pekene makanan dalam tin, sardin, kari ayam, kari kambing.... huhuhuh muka pun dah macam sardin.... hahahahah
tido awal.... CL setiap kali berhenti camp, mesti buat ungun api..... bagi elak agas dan hidupan liar lain..... entah macam mana petang tu pasang flysheet rapat2 , asap unggun api dok bawah hmock CL.... habis semua orang kene berasap malam tu.... CM marah tol..... menympah2 sebab lemas dalam asap.... semua dok bantai gelak..... malam tu habis bercerita mengenai pengalaman2 lepas, panjat tebing, tido di permatang.... CK cakap mesti ada yang celupar..... aku pun cakap la.... aku ada cakap yang aku tak pernah tido di permatang, panjat batu dinding..... hahahahahah....... sume gelak.... nak sangat...AMIK KO!!!!!! dua2 merasa pengalaman tu.... Biasa dengar orang cerita jek kesusahan melalui keadaan seksa tu..... hehehe
Tirai Malam tu di tutup dengan nyayian koir lagu Lemak Manis beramai2..... 2 kali gak la.... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Hari Ke-6
coming soon beb...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan