GALERI

Ahad, 19 Mei 2013

PENGURUSAN KEWANGAN, PELABURAN HARTANAH DAN TUKAR EMAS.....kerja gila semuanya nie... tapi BERBALOI... BAB 1

 
 
AMBIL MASA UNTUK BERFIKIR, KERANA IA MUNGKIN MAMPU MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA....
 
Kata2 nie aku dapat dari Facebook Usahawan Muda FB yang sudah berjaya...
 
 
Aku cuba ambil masa sedikit berfikir pasal masalah diri, keluarga, dan kerjaya. Skit-skit masalah aku senaraikan, buat carta minda bagai, brainstorming sendiri2, dengan rakan2, tanya pendapat, berkongsi pengalaman dan akhirnya macam2 masalah yang timbul... hahahaha.. Mula la pening kepala nak meneruskan langkah untuk berubah...
 
KEJAYAAN DICAPAI DENGAN LANGKAH PERTAMA...
 
Ayat kat atas nie menjadi titik mula langkah pertama aku untuk mencapai kejayaan.
Dengan mengunakan sistem
PDCA
yang aku belajar dari kursus
KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF
di jabatan, aku mula menyenaraikan masalah-masalah dalam kehidupan aku.
Setelah list masalah yang dibuat, aku buat analisis menggunakan
 
 KAEDAH PARETO, TULANG IKAN, KAEDAH FENOMENA....
 
akhirnya aku dapat 1 masalah yang mendapat markah paling tinggi menjadi target utama.
 
MENYEWA RUMAH MEMBEBANKAN KEWANGAN RUSMANKHAIRUL
 
 Memang masalah sewa rumah nie dari sudut kewangan akupada waktu itu. Bayangkan dah bertahun2 aku menyewa, dengan bayaran RM350 sebulan.
4 tahun x rm350/bulan = rm16,800 untuk sewa rumah
Kalau aku guna duit tu untuk beli rumah kan untung... kadar sewa dengar kata tuan rumah nak naikkan lagi bila hartanah di Seremban semakin rancak naik...
 
3 bulan juga aku merayap di sekitar seremban, senawang, ampangan, dan kawasan2 sekitarnya mencari rumah untuk dijual. Melayari internet melihat MUDAH.MY, website-website hartanah... kadang2 bila penat aku berhenti sehari dua, rilek2 layan camping dengan keluarga dan rakan2..
Bila dah ok kepala otak, baru gerakkan operasi cari rumah..
 
MENTAL, POKET, SUPPORT dari Isteri kene kuat bila mula start cari rumah.
 
BERSAMBUNG.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan