GALERI

Jumaat, 8 Mei 2009

JOM KE PULAU TIOMAN ISLAND REEF RESORT

TAHUN LEPAS AKU BERSAMA2 ISTERI AKU PERGI BERJALAN2 ZOOM MALAYSIA. TEMPATNYA IALAH KG GENTING PULAU TIOMAN. MEMANG DAH LAMA NAK KESANA, SEJAK DI BANGKU SEKOLAH LAGI. KENGKAWAN MEMANG RAMAI KAT SINI... KALAU DULU WAKTU SEKOLAH, RAMAI KENGKAWAN IKUT BEBUDAK YANG DUK TIOMAN BALIK BERCUTI. DUDUK ASRAMA DI ROMPIN. MEMANG SERONOK CUMA AKU JEK TAK BERPELUANG KE SANA.
ALHAMDULILLAH SETELAH LAMA TERPUTUS HUBUNGAN DENGAN KENGKAWAN DI TIOMAN, TERJUMPA KAWAN AKU NIE azizan SEWAKTU MAJLIS PERKAHWINAN mat noi KAWAN KITAORANG DI PIANGGU ROMPIN.... APA LAGI.... TERUS JEK AMIK NO CONTACT.

BINCANG PUNYA BINCANG, AKU PUN ON LA DENGAN ISTERI TERSAYANG UNTUK BERCUTI KE SANA....

PERJALANAN DARI ROMPIN KE MERSING DENGAN KENDERAAN SENDIRI TERASA SINGKAT KERANA TERLAMPAU EXCITED NAK KE TIOMAN. PARKING KERETA DEKAT JETI DAN KEMUDIAN ADA EJEN YANG DATANG AMIK... SAPA2 YANG AMIK PAKEJ DENGAN KAWAN AKU NIE MEMANG BEH SERVIS DIA. DI BERI KITA TIKET FERI THAN BERTOLAK LA KE TIOMAN.
AKU PERGI ARITU NAIK FERI KUL 1.00PM DAN SAMPAI DALAM 2 LEBIH DI KG GENTING. DI JETI DARI JAUH DAH NAMPAK KAWAN AKU TU..... HUHHHU CAM KAKI SURFING JEK.... UHUHUHU WELL KALU DAH DUK PULAU....

papan tanda ISLAND REEF RESORT.........

DISAMBUT DENGAN MESRA DAN TERUS DIBAWA KE RESORT...... MEMANG CANTIK PERMANDANGAN KELILING KG TU.....

SIAP ADA KEDAI MAKAN LAGI MA...... MALAM KITAORANG KALU LAPAR LAGI, KAT SITU LA TEMPAT LEPAKNYA.....


HARI KEDUA PAGI2 DAH BANGUN NAK GI PENGKALAN BEBAS CUKAI TEKEK,

GI MENYELAM KAT TAMAN LAUT
( aku tak menyelam sebab kecian kat isteri aku sorang2 jaga anak )
DAN BEBERAPA PULAU BERDEKATAN. MEMANG MENARIK AKTIVITI SIANG TU.....

SAMPAI PETANG LA DUK MAIN AIR DGAN BAGI IKAN MAKAN. RASA NAK TANGKAP SEMUA LETAK KAT UMAH.... CANTIK2 SEMUANYA.... HUHUHUHU..... YANG BESAR AKU NAK GORENG N BAKAR.....( IN YOUR DREAM ) HEHEHEH......


PETANG TU ADA MASA LAGI AKU GI MANDI MANDA DENGAN KELUARGA TERCINTA AKU DI SEKITAR KG GENTING..... BANYAK GAK RESORT KAT SITU TAPI RESORT KAWAN AKU YANG MURAH DAN PRIVATECY SKIT. HEHEHE

ribuan ikan2 nie dapat dilihat DI SEKELILING PULAU KECIL NI......... rasa nak tangkap ikan2 nie.... huhuhuh... KORANG TAHU TAK AKU JUMPA NEMO HEHEHEHEH.....


ISLAND REEF RESORT...... PERHHH.....

permandangan dari tempat menginapan ke laut.....
huhuhuhu mendamaikan..... sejuk mata memandang.

yang nie bangunan baru. tak sempat nak tengok dalam dia....
yang pastinya semua ok...

ini antara kemudahan yang di sediakan. jauh dari orang.

yang kat bawah tu restoran, tempat makan. ada internet lagi tau.

yang nie bilik ada dua katil besar.....

beberapa buah penginapan yang selesa untuk anda berehat
dan kalu korang nak tahu air dalam bilik mandi datang
dari bukit belakang nie.... sejuk bangat ma......
PERMANDANGAN INDAH BERLATARBELAKANGKAN BEBUKIT TINGGI MENHIJAU...... BEH GILA....

ISLAND REEF RESORT
KG GENTING, PULAU TIOMAN
26800 KUALA ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL/FAX : 09-4197004 H/P :013-9089172 / 013-7017843 / 013-9309023 ( azizan )
(Tell the owner that you get the Island Reef Resort phone numbers from me ( RUSMAN )

INI HARGA WAKTU AKU PERGI DULU.... PEPEHAL TANYA TOKEY
ROOM RATE/ NIGHT
ROOM STANDARD DELUXE

TWIN - RM150.00
QUAD RM 120.00 RM 140.00

2 DAYS 1 NIGHT PACKAGE /PERSON
ROOM STANDARD DELUXE
SINGLE RM 280.00 RM 310.00
TWIN RM 230.00 RM 250.00
TRIPLE RM 225.00 RM 245.00
QUAD RM 220.00 RM 240.00

3 DAYS 2 NIGHTS PACKAGE /PERSON
ROOM STANDARD DELUXE
SINGLE RM 340.00 RM 360.00
TWIN RM 280.00 RM 300.00
TRIPLE RM 275.00 RM 295.00
QUAD RM 270.00 RM 290.00

4 DAYS 3 NIGHTS PACKAGE /PERSON
ROOM STANDARD DELUXE
SINGLE RM 440.00 RM 460.00
TWIN RM 360.00 RM 380.00
TRIPLE RM 350.00 RM 370.00
QUAD RM 340.00 RM 360.00

PACKAGE INCLUSIVE :-
+ AIR-COND FAST FERRY (MERSING-TIOMAN-MERSING)
+ 03 MEALS (01 B, 01 LUNCH, 01 DINNER) - 2D 1N
+ 05 MEALS (02 B, 01 PACK LUNCH, 01 DINNER,01 BBQ DINNER) – 3D 2N
+ 08 MEALS (03 B, 02 PACK LUNCH, 02 DINNER,01 BBQ DINNER) – 4D 3N

+ 01 ISLAND TOUR – SNORKELLING TRIP, MARINE PARK.( ONLY FOR PACKAGE 3D2N & 4D3N)

NOTE :-
+ SURCHAGE RM 30.00 /PERSON FOR PUBLIC HOLIDAY
+ CHILDREN RATE 75 % OF ADULT FARE ( 3-12 YEARS OLD )
+ RATE NOT INCLUDE MARINE PARK TAX : ADULT RM 5.00 , CHILD : RM 2.50
+ RATE NOT INLUDE SNORKELLING EQUIPMENT(RM 8.00/ITEM/DAY

rusmankhairul_24@yahoo.com




Khamis, 7 Mei 2009

PAYA INDAH WETLAND






http://impressions.com.my/selangormain/Payaindah/Payaindah.htm


AKU DAH PERGI TEMPAT NI DULU, BUAT KURSUS. MEMANG MENDAMAIKAN SUASANA KAT SANA. SEKARANG DAH DIBUKA KEPADA ORANG RAMAI. SO DATANG LA JALAN2 KE SANA. SEKARANG DAH BUKA UNTUK PEMANCING BERANI MATI... HEHEE ADA KOLAM BUAYA, TASIK KELAH, TASIK TOMAN, RUMAH WARISAN, BLUE HIPPO HAHAHA, BOLEH SEWA BASIKAL UNTUK BERSIAR2 DISANA.....

DIA PUNYA TEMPA PENGINAPAN BAGUS, ADA ACOND DAN MACAM DUK RESORT MEWAH LA...

AKU TUNGGGU FREE JEK NAK KE SANA MEMANCING.... HAHAHAH

KURSUS MENYELAMAT DI AIR.....


nie semua muka hitam sunburn n chlorin burn.... heheheh yang pakai topi renang tu lagila berbelang muka.... teritama skali aku la.... hehehehe 3 minggu pakai fair n lovely

TAHUN LEPAS 2008 aku menghadiri satu kursus yang amat memenatkan.... selama seminggu berada di dalam kolam renang di Perlis untuk latihan dan ujian.

untuk mendapat sijil menyelamat beberapa ujian dijalankan. untuk kali ini kita orang amik step yang pertama iaitu pingat gangsa. dengan adanya pingat ini kitaorang boleh la handle aktiviti air. kiranya salah satu kriteria yang paling penting sekiranya nak bawa kumpulan yang nak berekreasi di air.

dia ada beberapa step la, first pingat gangsa, kedua palang gangsa dan yang ke tiga bleh jadi instruktor.... kalu dah ada peringkat tiga dah boleh jadi jurulatih renang. biasanya penyelamat seperti bomba, jabatan pertahanan awam ada sijil2 nie. kursus yang dijalankan membantu mereka seandainya berhadapan dengan keadaan2 yang mana perlu menyelamatkan mangsa lemas.

untuk hari pertama kursus kitaorang diberi taklimat mengenai kursus dan suai kenal dengan beberapa orang jurulatih dari pusat kokurikulum kementerian pelajaran malaysia.
hari kedua, pagi2 dah ke kolam renang wat warming up, latihan renang yang pertama ialah berenang sejauh 300 meter, kolam yang kitaorang guna tu panjang 50m lebar 25 meter. so kene ulang alik 6 kali la. huhuhu..... alhamdulillah boleh buat tapi buat lebih 20 minit la..... untuk lulus ujian kena buat bawah 10 minit kalu tak silap aku. huhuhuhu penat gila.....

juru laih terangla sebab kenapa kitaorang tak boleh buat bawah 20 minit kerana teknik berenang salah..... so petang tu diajarnya semua orang teknik berenang yang betul, teknik berehat semasa berenang tapi still kita bergerak dalam air. macam2la...

than sebelum balik dibuatnya sekali lagi ujian berenang 300m. kalu pg tadi hanya 5 orang buat under 10 minit, petang tu dapatla 12 orang..... tak termasuk aku hehehehe. penat sungguh tak dapat buat apa.....

yang nie orang penting yang mencatit masa dan meluluskan ujian kami.

hari ke tiga
seperti biasa la sampai2 jek kat kolam " sarapan pagi " kiaorang ialah berenang 100m dahulu.... masa di ambil...... jurulatih nak bawah 3 minit.... untuk lulus..... aku buat 5 minit.... huhuhuh.... tak jumpa tune lagi la...
kul 10.00am ujian 300 m sekali lagi. kali nie aku dapat buat 15 minit..... ramai kengkawan yang putus asa..... tersadai tepi kolam..... alih2 dari 25 peserta hanya 12 orang dapat bawah 10 minit. petang tu plak sekali lagi 300m kepada yang tak lepas termasuk aku..... hehehe akhirnya lepas gak.... lepas 300m kene 100m sambil tunda mangsa..... pakai tali tunda mangsa.... 50mberenang bebas kearah mangsa dan bawa balik mangsa 50 meter, berenang dengan sebelah tangan.... hahahahah ini lagi susah ma... petang tu hampir semua separuh mati.....

hari ke empat
" sarapan pagi" kiaorang hari tu bukan lagi 300m tapi 600m ...... humangaaaiiiii..... penat nak mampus..... buat bawah 15 minit aku rasa...... banyak lupa la aku tentang masa nie..... siapa yang pernah amik kursus nie tau la kot.... lepas 600m diajar kuak kupu2, gaya bebas, berenag gunting, berenang sambik menunda mangsa..... menyelamat kan mangsa guna kayu, tali, pelampung..... macam macam la...... nak2 CPR.... bantuan penafasan...... hehehehe....

barisan peserta kursus dan jurulatih

petang kiaorang kene ujian menyelam...... 25 meter...... huhuhuhu rasa nak pecah dada menahan nafas.... kolam tu ada 10 line renang. aku menyelam setakat melepasi 6 jek dah timbul.... tapi bebudak taman negara semua kaki menyelam.... tup tap tup tap dah timbul dekat tebing seberang kolam sana...heheheh

hari ke lima

selepas sarapan pagi, kitaorang di ajar beberapa teknik berhadapan dengan mangsa lemas.... bahaya sebenarnya bila menyelamatkan orang lemas nie.... kalu pergi dekat kita di peluknya kemas2, diselamnya kita sebab dia nak naik ke permukaan,

kita kalu dah di peluk dalam air, susahla nak menyelamat dan akhirnya dengan kita2 lemas....

untuk hari ke enam dan ke tujuh kitaorang kene amik ujian bagi mana2 ujian yang tak lepas lagi.... aku yang tak lepas menyelam la...... entah kenapa last2 chance baru boleh lepas.... hehehehe... alhamdulillah..... dan akhirnya seramai 15 orang dari 25 peserta lulus ujian menyelamat di air dengan jayanya....


terimakasih kepada urusetia kursus dan jurulatih yang banyak mengajar kali semua.... peluang yang diberi banyak membantu kelancaran kerja kami seharian....

dan baru2 nie aku dpt praktikkan apa yang aku belajar di tempat kerja aku...... aku menyelamatkan seorang budak perempuan dan lelaki yang hampir lemas....

pada mulanya budak perempuan tu hampir lemas walaupun pakai jaket pengapungan, dia tahu pakai tapi tak tahu guna.... duduk meniarap atas air dan jeket tu menyebabkan dia lemas.... sepatutunya kene duk telntang apungkan badan.....

datang plak budak lelaki nak jadi hero, sampai2 jek dia kene peluk dengan budak perempuan tu dari belakang..... budak perempuan tu panjat budak lelaki tu dari belakang sambil menekan2 lelaki tu dalam air.... 4 kali aku tengok budak laki tu minum air..... dan akhirnya dua-dua panik dan lemas.

aku apalagi terjun dan datang dari arah belakang budak2tu dan pegang jaket budak perempuan tu dan tendang budak lelaki tu.... dan bila dah terlepas dua2nya, aku tunda budak perempuantu ke tebing.... budak laki tu nasib baik dah tak panik bila dilepaskan dari pelukan budak perempuan tadi.......... muntah2 kedua2nya..... hehehehhehe..... sempat gak aku bagi nasihat kat diaorang.......

yang perempuan tu aku cakap. nak pakai jaket tu kene tahu la cara nak guna..... kalu tak pandai berenang jangan la pergi tempat dalam.... cukup gi tempat air paras pinggang jek....

budak lelaki tu aku basuh kaw2..... nak jadi hero kena ada ilmu.... jangan pakai redah jek.... nyaris lemas dua2 sekali.... siap ajar la beberapa step menyelamat kat budak tu.....

dan akhirnya aku yang jadi hero aritu.....heheheheh berkat ilmu yang aku belajar la......

GUA BATU MALOI, JOHOL, N.9

SALAM SEMUA......
kebiasaannya orang bila bercerita mengenai gua,
kita akan bayangkan keadaan yang gelap,
dan terbayangkan gua batu kapur.
ada lagi satu jenis gua iaitu gua batu granit.
lorong-lorong antara tindihan celahan batu yang besar dijadikan laluan dan dipanggil gua.
ada bahagian yang gelap dan ada bahagian yang diterangi cahaya matahari.
dilaluan ini juga terdapat laluan sungai di bawah tanah yang menjadi sumber bekalan air kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan

JENIS GUA :
GUA BATU GRANIT

TAHAP KESUKARAN :

ADA LIMA LALUAN MENGIKUT KEMAMPUAN
LALUAN PALING SUKAR 8/10 TAHAP KESUKARAN

CHECK POINT :
ADA 12 CHECK POINT MENARIK SEPANJANG LALUAN BIASA.


laluan pertama masuk ke dalam gua. kene merangkak macam biawak...

1. PINTU GUA

no pic
2. MITOS GIGI MALOI ( BATU BERBENTUK GIGI 4 BATANG )
kat sini yang susah sekali nak lalu, terpaksa tunggu lama nak lepas kan sorang-sorang...


nak lalu laluan ni kene baring, awek nie compem tak lepas kalu merangkak. nampak kecik jek lubang nie tapi budak yang berat 120kg besar pemeluk masih boleh lalu. huhuhu... tapi payah sikit la. biasa laluan jadi jem kat sini.

3. BATU KUAK LENTANG ( LALUAN PALING SUKAR )

ni nak kene selam baru lepas ke laluan seterusnya

- PINTU 3 SEGI ( KENE MENYELAM UNTUK MELEPASINYA)




batu atas bebudak tu yang jadi tempat kelawar bergayut, kelawarnya dah terbang lari bila kena suluh dek bebudak nie

4. GUA KELAWAR ( BANYAK KElaWAR DALAM NIE PULUHAN RIBU )




5. SATU2NYA LALUAN KENE PAKAI TALI UNTUK MEMANJAT BATU

no pic
6. MITOS KAPAL MALOI ( BATU BERBENTUK KAPAL LAYAR)

no pic
7. GUA SESAT ( GELAP GILER DAN RAMAI YANG SESAT KAT SINI )


terbentuk hasil dari titisan air atas batu, mendapan mineral membentuk lukisan seorang lelaki memberi bunga kepada seorang wanita. ( yang gemuk lelaki yang kurus wanita.


8. GUA MALOI ( ADA GAMBARAN MALOI N PUTERI BUNIAN)



no pic
9. LUBANG IBU MENGANDUNG
( LALUAN NI KENA DUDUK MACAM IBU NAK MELAHIRKAN ANAK )






terpaksa mengharungi laluan air terjun, yang nie air terjun yang kedua, ok lagi berbanding air terjun pertama.

10. AIR TERJUN DALAM GUA ( BEST GILER )



no pic
11. KOLAM RENANG DALAM GUA
( ADA BATU BENTUK TEMPAYAN BESAR )


no pic
12. JAKUZI


BERMINAT BOLEH HANTARKAN EMAIL KE
jumlah peserta dan harga pakej boleh dirunding.

jadual aktiviti
9.00am ketibaan peserta dan taklimat
9.30am minum pagi
10.00am penerokaan bermula
1.30pm tiba semula di tapak berkumpul
2.00pm makan tengah hari.
3.00pm bersurai....

nak sambung mandi sungai pun boleh.... aktiviti sendiri2 la...
setakat nie dari Bulan Januari hingga MEI dah 10 group datang

Isnin, 4 Mei 2009

MENDAKI GUNUNG TERTINGGI SEMENANJUNG

JOM RAMAI2 MENAKLUKI GUNUNG TAHAN.

KAKI PANJAT GUNUNG??????
FIRST TIME NAK NAIK GUNUNG?????

ANDA SEMUA DI JEMPUT BERSAMA2 KITAORANG MENEROKA KEINDAHAN ALAM DI PUNCAK GUNUNG TAHAN.

BIASA ORANG BUAT 5 -6 HARI TAPI KITAORANG BUAT 7 HARI...... BARU SANTAI....


PINTU RENTIS GUNUNG TAHAN



jemputan menyertai xpdc ke gunung tahan.
1 julai 2009 hingga 7 julai 2009

pakej rm 100
bayaran untuk
t shirt
pengangkutan dari sg relau ke kuala juram Merapoh Kuala Lipis
bayaran juru pandu


dari tempat anda ke sg relau merapoh kene la pergi sendiri.
kitaorang akan ambil peserta dari sg relau ke gunung tahan,
makanan dan peralatan sendiri2 la... hanya perkara di atas kita sediakan.
hanya tinggal 10 orang jek lagi kekosongan.

HUBUNGI KAMI DI

PERMANDANGAN DI PUNCAK GUNUNG TAHAN

PERMANDANGAN INDAH YANG TAK ADA DI TEMPAT LAIN