nie semua muka hitam sunburn n chlorin burn.... heheheh yang pakai topi renang tu lagila berbelang muka.... teritama skali aku la.... hehehehe 3 minggu pakai fair n lovely
TAHUN LEPAS 2008 aku menghadiri satu kursus yang amat memenatkan.... selama seminggu berada di dalam kolam renang di Perlis untuk latihan dan ujian.
untuk mendapat sijil menyelamat beberapa ujian dijalankan. untuk kali ini kita orang amik step yang pertama iaitu pingat gangsa. dengan adanya pingat ini kitaorang boleh la handle aktiviti air. kiranya salah satu kriteria yang paling penting sekiranya nak bawa kumpulan yang nak berekreasi di air.
dia ada beberapa step la, first pingat gangsa, kedua palang gangsa dan yang ke tiga bleh jadi instruktor.... kalu dah ada peringkat tiga dah boleh jadi jurulatih renang. biasanya penyelamat seperti bomba, jabatan pertahanan awam ada sijil2 nie. kursus yang dijalankan membantu mereka seandainya berhadapan dengan keadaan2 yang mana perlu menyelamatkan mangsa lemas.
untuk hari pertama kursus kitaorang diberi taklimat mengenai kursus dan suai kenal dengan beberapa orang jurulatih dari pusat kokurikulum kementerian pelajaran malaysia.
hari kedua, pagi2 dah ke kolam renang wat warming up, latihan renang yang pertama ialah berenang sejauh 300 meter, kolam yang kitaorang guna tu panjang 50m lebar 25 meter. so kene ulang alik 6 kali la. huhuhu..... alhamdulillah boleh buat tapi buat lebih 20 minit la..... untuk lulus ujian kena buat bawah 10 minit kalu tak silap aku. huhuhuhu penat gila.....
juru laih terangla sebab kenapa kitaorang tak boleh buat bawah 20 minit kerana teknik berenang salah..... so petang tu diajarnya semua orang teknik berenang yang betul, teknik berehat semasa berenang tapi still kita bergerak dalam air. macam2la...
than sebelum balik dibuatnya sekali lagi ujian berenang 300m. kalu pg tadi hanya 5 orang buat under 10 minit, petang tu dapatla 12 orang..... tak termasuk aku hehehehe. penat sungguh tak dapat buat apa.....
yang nie orang penting yang mencatit masa dan meluluskan ujian kami.
hari ke tiga
seperti biasa la sampai2 jek kat kolam " sarapan pagi " kiaorang ialah berenang 100m dahulu.... masa di ambil...... jurulatih nak bawah 3 minit.... untuk lulus..... aku buat 5 minit.... huhuhuh.... tak jumpa tune lagi la...
kul 10.00am ujian 300 m sekali lagi. kali nie aku dapat buat 15 minit..... ramai kengkawan yang putus asa..... tersadai tepi kolam..... alih2 dari 25 peserta hanya 12 orang dapat bawah 10 minit. petang tu plak sekali lagi 300m kepada yang tak lepas termasuk aku..... hehehe akhirnya lepas gak.... lepas 300m kene 100m sambil tunda mangsa..... pakai tali tunda mangsa.... 50mberenang bebas kearah mangsa dan bawa balik mangsa 50 meter, berenang dengan sebelah tangan.... hahahahah ini lagi susah ma... petang tu hampir semua separuh mati.....
hari ke empat
" sarapan pagi" kiaorang hari tu bukan lagi 300m tapi 600m ...... humangaaaiiiii..... penat nak mampus..... buat bawah 15 minit aku rasa...... banyak lupa la aku tentang masa nie..... siapa yang pernah amik kursus nie tau la kot.... lepas 600m diajar kuak kupu2, gaya bebas, berenag gunting, berenang sambik menunda mangsa..... menyelamat kan mangsa guna kayu, tali, pelampung..... macam macam la...... nak2 CPR.... bantuan penafasan...... hehehehe....
barisan peserta kursus dan jurulatih
petang kiaorang kene ujian menyelam...... 25 meter...... huhuhuhu rasa nak pecah dada menahan nafas.... kolam tu ada 10 line renang. aku menyelam setakat melepasi 6 jek dah timbul.... tapi bebudak taman negara semua kaki menyelam.... tup tap tup tap dah timbul dekat tebing seberang kolam sana...heheheh
hari ke lima
selepas sarapan pagi, kitaorang di ajar beberapa teknik berhadapan dengan mangsa lemas.... bahaya sebenarnya bila menyelamatkan orang lemas nie.... kalu pergi dekat kita di peluknya kemas2, diselamnya kita sebab dia nak naik ke permukaan,
kita kalu dah di peluk dalam air, susahla nak menyelamat dan akhirnya dengan kita2 lemas....
untuk hari ke enam dan ke tujuh kitaorang kene amik ujian bagi mana2 ujian yang tak lepas lagi.... aku yang tak lepas menyelam la...... entah kenapa last2 chance baru boleh lepas.... hehehehe... alhamdulillah..... dan akhirnya seramai 15 orang dari 25 peserta lulus ujian menyelamat di air dengan jayanya....
terimakasih kepada urusetia kursus dan jurulatih yang banyak mengajar kali semua.... peluang yang diberi banyak membantu kelancaran kerja kami seharian....
dan baru2 nie aku dpt praktikkan apa yang aku belajar di tempat kerja aku...... aku menyelamatkan seorang budak perempuan dan lelaki yang hampir lemas....
pada mulanya budak perempuan tu hampir lemas walaupun pakai jaket pengapungan, dia tahu pakai tapi tak tahu guna.... duduk meniarap atas air dan jeket tu menyebabkan dia lemas.... sepatutunya kene duk telntang apungkan badan.....
datang plak budak lelaki nak jadi hero, sampai2 jek dia kene peluk dengan budak perempuan tu dari belakang..... budak perempuan tu panjat budak lelaki tu dari belakang sambil menekan2 lelaki tu dalam air.... 4 kali aku tengok budak laki tu minum air..... dan akhirnya dua-dua panik dan lemas.
aku apalagi terjun dan datang dari arah belakang budak2tu dan pegang jaket budak perempuan tu dan tendang budak lelaki tu.... dan bila dah terlepas dua2nya, aku tunda budak perempuantu ke tebing.... budak laki tu nasib baik dah tak panik bila dilepaskan dari pelukan budak perempuan tadi.......... muntah2 kedua2nya..... hehehehhehe..... sempat gak aku bagi nasihat kat diaorang.......
yang perempuan tu aku cakap. nak pakai jaket tu kene tahu la cara nak guna..... kalu tak pandai berenang jangan la pergi tempat dalam.... cukup gi tempat air paras pinggang jek....
budak lelaki tu aku basuh kaw2..... nak jadi hero kena ada ilmu.... jangan pakai redah jek.... nyaris lemas dua2 sekali.... siap ajar la beberapa step menyelamat kat budak tu.....
dan akhirnya aku yang jadi hero aritu.....heheheheh berkat ilmu yang aku belajar la......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan