GALERI

Khamis, 7 Mei 2009

GUA BATU MALOI, JOHOL, N.9

SALAM SEMUA......
kebiasaannya orang bila bercerita mengenai gua,
kita akan bayangkan keadaan yang gelap,
dan terbayangkan gua batu kapur.
ada lagi satu jenis gua iaitu gua batu granit.
lorong-lorong antara tindihan celahan batu yang besar dijadikan laluan dan dipanggil gua.
ada bahagian yang gelap dan ada bahagian yang diterangi cahaya matahari.
dilaluan ini juga terdapat laluan sungai di bawah tanah yang menjadi sumber bekalan air kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan

JENIS GUA :
GUA BATU GRANIT

TAHAP KESUKARAN :

ADA LIMA LALUAN MENGIKUT KEMAMPUAN
LALUAN PALING SUKAR 8/10 TAHAP KESUKARAN

CHECK POINT :
ADA 12 CHECK POINT MENARIK SEPANJANG LALUAN BIASA.


laluan pertama masuk ke dalam gua. kene merangkak macam biawak...

1. PINTU GUA

no pic
2. MITOS GIGI MALOI ( BATU BERBENTUK GIGI 4 BATANG )
kat sini yang susah sekali nak lalu, terpaksa tunggu lama nak lepas kan sorang-sorang...


nak lalu laluan ni kene baring, awek nie compem tak lepas kalu merangkak. nampak kecik jek lubang nie tapi budak yang berat 120kg besar pemeluk masih boleh lalu. huhuhu... tapi payah sikit la. biasa laluan jadi jem kat sini.

3. BATU KUAK LENTANG ( LALUAN PALING SUKAR )

ni nak kene selam baru lepas ke laluan seterusnya

- PINTU 3 SEGI ( KENE MENYELAM UNTUK MELEPASINYA)




batu atas bebudak tu yang jadi tempat kelawar bergayut, kelawarnya dah terbang lari bila kena suluh dek bebudak nie

4. GUA KELAWAR ( BANYAK KElaWAR DALAM NIE PULUHAN RIBU )




5. SATU2NYA LALUAN KENE PAKAI TALI UNTUK MEMANJAT BATU

no pic
6. MITOS KAPAL MALOI ( BATU BERBENTUK KAPAL LAYAR)

no pic
7. GUA SESAT ( GELAP GILER DAN RAMAI YANG SESAT KAT SINI )


terbentuk hasil dari titisan air atas batu, mendapan mineral membentuk lukisan seorang lelaki memberi bunga kepada seorang wanita. ( yang gemuk lelaki yang kurus wanita.


8. GUA MALOI ( ADA GAMBARAN MALOI N PUTERI BUNIAN)



no pic
9. LUBANG IBU MENGANDUNG
( LALUAN NI KENA DUDUK MACAM IBU NAK MELAHIRKAN ANAK )






terpaksa mengharungi laluan air terjun, yang nie air terjun yang kedua, ok lagi berbanding air terjun pertama.

10. AIR TERJUN DALAM GUA ( BEST GILER )



no pic
11. KOLAM RENANG DALAM GUA
( ADA BATU BENTUK TEMPAYAN BESAR )


no pic
12. JAKUZI


BERMINAT BOLEH HANTARKAN EMAIL KE
jumlah peserta dan harga pakej boleh dirunding.

jadual aktiviti
9.00am ketibaan peserta dan taklimat
9.30am minum pagi
10.00am penerokaan bermula
1.30pm tiba semula di tapak berkumpul
2.00pm makan tengah hari.
3.00pm bersurai....

nak sambung mandi sungai pun boleh.... aktiviti sendiri2 la...
setakat nie dari Bulan Januari hingga MEI dah 10 group datang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan