GALERI

Selasa, 25 Januari 2011

XPDC GUNUNG GAGAK Hari ketiga

Lepas mengadap ikan dan makan malam, memasing mula merangkak naik ke atas hammok... semua tidur atas hammok malam nie... en zain malang sekali, dah la first time tido atas hammok, kali pertama itu jugak jatuh hammok.. heheheh
Tali yang sedia ada tak kuat, apa lagi.... putus dan jatuh en zain atas batu.... nasib baik tak apa2,...
Sebelum tu ada tunggul kayu tajam bawah hammok dia, nasib baik aku dah cantas awal2 sebelum makan tadi... kalu tak mahu tercucuk tunggul tu.

Setelah menukar tali hammok, baru la boleh meluruskan badan... berkongsi flysheet malam tu, zain bawak flysheet besar tu...

Menunggu mata terlelap, sempat gak berbual pasal ikan yang ditangkap petang tadi, tak sangka gak banyak ikan kat atas nie. Mungkin jarang orang naik ke atas nie.. Zain kata dia ada jumpa banyak kesan pelanduk di hulu sungai. huhuhuh kalu tahu dengan pemburu kawasan nie, habis la pupus binatang hutan nie. Dah la dekat dengan kawasan jenut.

Tiba2 teringin plak aku nak makan pelanduk... memang tak pernak rasa pelanduk nie... amik lesen pelanduk, port kat sini... beh gak tu... heheheh

tak lama lepas tu semua dah berdengkur. tinggal aku sorang2 yang masih menahan mata sambil menyedut asap rokok... lepas sebatang, tambah lagi sebatang. Cuba untuk menikmati keindahan kegelapan malam di hutan. Air sungai mengalir pantas di celahan batu granit, Sekali-sekala kedengaran sesuatu melompat ke air, katak kot..... cuba untuk memujuk hati dari memikirkan benda2 yang tak elok... dan akhirnya terlelap juga mata nie..

pagi2 syed dah bangun, en zain cari port membuang, syed masak nasi goreng.... aku malas2 lagi di atas hammok, zaidi mengemas barang2nya masuk ke dalam backpacknya... huhuhuhu.. sejuk tol malam tadi. nasib baik tak hujan. Dari atas hammok aku menyalakan rokok dan mencapai GPS dan peta. Semalam dah pastikan lokasi. tapi kali nie cuba memikirkan laluan balik dan lihat kembali laluan semalam. Kenapa tak dapat shoot ke Gagak semalam... huhuhu. Kalau ada sehari lagi mungkin boleh sampai....

En zain aku tengok dah menggigil2 di sungai. Mandi sejuk2 nie... hahahaha aku tak la... tunggu la matahari tinggi skit baru aku mandi. Stakat basuh muka, gosok gigi n lap2 badan ok la.... mandi tengok keadaan la... Teringat plak waktu di puncak Tahan dua tahun lepas.. Atas puncak nu aku mandi dengan en zain.... hampir beku kitaorang... best sangat... pengalaman tang tak dapat aku lupakan... bebudak lain waktu trip tu kat bawah mandi... ada yang tak mandi lansung dari sampai puncak hingga sampai kem Kor.... huhuhuhuh....

Selepas sarapan, perjalanan di mulakan ke timur.... menyusuri laluan sungai, dan kawasan berbatu... hampir 1 jam gak mencari jalan yang sesuai di tebingan berbatu kawasan ngarai nie... sesekali jumpa lubuk yang penuh ikan, jala ditebar, ikan dikutip simpan ke dalam mestinn. banyak gak hasilnya. ada la dua tiga lubuk yang kami jumpa...

Formasi batuan granit membentuk beberapa teduhan seperti muka gua untuk berlindung sekiranya hujan. Kelihatan juga kesan takikan pada batang pokok, kesan cantasan dan putung rokok.... Aku andaikan tinggalan orang asli yang datang memancing di kawasan ni. Nak kata pemburu, tak ada pulak kesan perburuan tu. binatang pun masih banyak lagi.

Dalam berjalan tu aku cuba ingat laluan yang kami lalui supaya nanti kalu berhajat nak kembali, masih aku ingat laluan nya. Takikan tanda yang biasa aku buat menjadi panduan nanti bila nak masuk semula. Biasa aku buat takikan nie, berbeza dengan takikan orang biasa. Mana2 aku masuk hutan, laluan aku mesti ada takikan nie.. untung2 kalu sesat terjumpa tanda nie, boleh la usaha ikut laluan tu untuk keluar dari kesesatan....

jam 12 baru kitaorang sampai ke kampung pinang orang asli... dari jauh dah nampak keterangan hutan akibat dari penerokaan orang asli ne... langkah semakin laju menuju ke laluan motor orang asli. heheheh macam tak sabar2 nak keluar dari hutan nie. Aku tak sabar nak keluar, boleh mandi sepuas hati, pekena coke ais.... huhuhhu. mengembalikan tenaga. Terfikir sejenak pasal kereta syed di tampin... hahahah masih jauh la perjalanan aku. target nak balik awal hari nie... pepepun layan kan aje...

Makan tengahari di kedai Kak Lang Air Mawang.... hujan renyai2, nasib la dalam perjalanan keluar tadi tak hujan... kalu tidak basah kuyup la beg kitaorang.. Mandi tadi nasib air masih ada.

Selepas makan, zain dengan pajero terus balik ke Bahau, aku , Zaidi n Syed menuju ke Tampin.. ambil kenderaan Syed dan cari kedai kereta.... Hari Ahad mana ada orang buka kedai... hohohoho Semua kedai tutup... dari simpang Kuil Tampin sampai Giant Tampin... semua kedai kereta tutup... tapi nasib baik ada sebuah kedai nie buka... habis dekat rm 200 gak la kene ketuk syed dengan cina tu... dari radiator, kipas acc, paip air.... uhuhuhuh... pepepun janji kereta ko bleh jalan sampai kl der...

emm.... lepas hantar Zaidi aku terus blah balik ke rumah... Esok gi pejabat dengan kaki yang sakit dan lenguh2 otot... naik tangga pun macam orang patah kaki... sakitnya peha, betis nie... nak bengkok lutut pun rasa tak berdaya menahan..... tegak je berjalan macam ROBOTCOP...

pepepun AKU CABAR KO GUNUNG GAGAK next time...... bulan 6 2011 kot.... hheheheh

Rabu, 19 Januari 2011

Backpack Pack...

sekadar gambar hiasan

Sekali tu tengah syok meng FBkan diri, tup tap keluar msg dari kawan gua.. dah lama tak berbual dengan dia.

soalan pertama dia tanya ialah APA KHABAR? well aku ok jek....

Dia tanya lagi.... BILA NAK MASUK HUTAN LAGI? Baru jek naik Gunung Angsi Seremban.

Tanya punya tanya sebenarnya dia buat trip memancing ke endau rompin, ulu apa entah... heheheh . Dia tanya pasal persiapan nak gi camping untuk 3 hari 2 malam.

Rasa berguna plak bila duk dalam bidang nie. Memang aku suka bab masuk hutan nie.. dah kerja aku mendidik orang pasal hutan dan hidupan liar.

So kat sini nak cerita skit la mengenai panduan persiapan barang2 masuk hutan nie. Pelbagai aktiviti sebenarnya nak buat apabila masuk hutan nie.

Tapi Panduan nie mungkin berguna dari segi penyediaan makanan, khemah, penyusunan barang dan barang apa yang korang nak bawak.

Persediaan Awal

1. Diri
2. Peralatan
3. Keselamatan dan Pengurusan

DIRI

Diri seperti biasa kene fit, berstamina kalau nak buat aktiviti lasak nie. sekurang2nya korang dah sebulan awal kene jogging... dapat 3 kali seminggu dah ok. Kesihatan korang kene jaga. Pengambilan Makanan berkhasiat penting.

PERALATAN

Hiking antara aktiviti popular bila bercerita pasal rekreasi nie. Selain nak bersenam, amik gambar permandangan, ianya mampu merilekkan minda anda. Tetapi kebanyakan orang membuatkan aktiviti ini menjadi susah dan meletihkan kerana barang keperluan yang mereka bawa dalam backpack mereka. Lebih skit jek berat memberi impak sewaktu kita berjalan. hiking bukannya nak buat xpdc sangat... bawa yang penting jek.

1. Cari peralatan yang paling kecil dan ringan untuk kegunaan anda. Sebagai contoh tak perlu bawak periuk nasi yang besar sedangkan anda hiking serang2. Mestin pun dah cukup sebenarnya

2. Bahagikan makanan dan peralatan antara ahli kumpulan. Khemah boleh dikongsi tapi jangan anda nak bawak semua. rangka bagi rakan lain bawak, flysheet bagi orang lain bawak. dengan cara ini dapat membantu mengurangkan bebanan yang anda bawa.


3. Pakaian cukup sepasang untuk tidur malam, sepasang untuk hiking. Pastikan seluar tahan lasak, baju dari kain yang cepat kering, jaket dan windbreaker yang tak terlalu tebal.

4. Tukar bekas besar kepada kecil. sebagai contoh ubat gigi. tak perlu anda bawa semua, tuangkan ke bekas yang kecil mengikut keperluan. Kicap... tukar botol kaca kepada botol plastik ( mineral) bagi mengelakkan anda bawa keseluruhan bekas... dah la berat kaca tu, kalau pecah tak ke haru

5. JANGAN LUPA peralatan penting seperti kompas, peta, fire starter.... tak perlu kompas besar2 sangat, asalkan kecil ringan dan berfungsi dengan baik dah memadai. Pemetik api dan bahan2 elektronik bungkus dengan bag plastik kalis air@ ziplock.


Cara Susun BackPack anda...



Cara susun pun ada seni dia.... kedudukan barang berat, separuh berat, ringan, keperluan penggunaannya penting. sleeping bag jika basah akan memberatkan backpack anda... so untuk keselamatan ketika menyeberangi sungai atau hujan.... masukkan plastik sampah tebal 2 lapis dalam beg anda, kemudian barulah susun barang seperti di atas. pastikan masing2 berbungkus dan diikat bagi mengelakkan barang makan rosak dan basah.

PERALATAN

....................bersambung.................... survival mode............

Selasa, 18 Januari 2011

XPDC GUNUNG GAGAK Hari kedua


Malam tadi dapat mimpi entah apa entah... harap2 takde la jadi kenyataan... macam2 terfikir waktu mengemas backpack tadi.. keputusan untuk henjut jalan balak dibatalakan kerana kitaorang dah rugi sebab kelewatan semalam. Kalau gerak pagi mungkin boleh henjut ke bukit 500 ikut jalan balak... Dan munkin bermalam di kawasan yang ada air..



Tak sampai 10 minit menuruni curam dari jalan balak, kitaorang temui JENUT.... kawasan unggulata dapatkan garam untuk badan mereka. binatang unggulata nie makan dan jilat pasir dikawasan nie kerana kandungan garam yang ada pada tanah nie. ini untuk meneutralkan darah binatang nie...
Patut la semalam macam ada benda besar lalu kat kawasan camp kitaorang... hahahah satu penemuan yang menarik... nasib baik takde agas yang menyerang kami malam tadi.


Syed sebagai orang baru banyak la belajar dari kitaorang. first time dapat tengok jenut nie.. Tapi kawasan ini bukanlah kawasan yang selamat untuk dikunjungi kerana binatang unggulata nie seperti rusa, kambing gurun, pelanduk, dan kijang... adalah makanan bagi harimau dan manusia. Kalau terserempak dengan rusa kijang ok lagi, terserempak dengan harimau mengkin sedikit gerun la... tapi kalau terkena peluru sesat dari pemburu yang tak reti bahasa memburu di kawasan jenut, berhenti la kita dari jadi manusia..... jadi mayat plak. Kawasan jenut adalah kawasan larangan memburu...



kesan cakaran musang

Banyak kesan hidupan liar yang kitaorang temui sepanjang perjalanan turun menuju bukit 500m. Namun penurunan bukan satu kerja mudah... terpaksa melereng bukit dan melepasi tiga ngarai. kawasan berbatu yang licin terpaksa kami redahi untuk sampai ke kaki Gunung Gagak. Syed nyaris jatuh dari batu-batu.... memang licin dan bahaya. kene ada skill dan belajar skill nie kalu nak main kawasan nie... tak boleh terjun n langkah sewenang2nya...

Pokok2 herba banyak gak.... ada dua tiga pokok yang sempat aku ajarkan kepada Syed. Terutamanya Tongkat Ali nie. hahahah... Tunggu besar lengan baru kita datang amik pokok nie ye Syed... hahah. Zain kutip Daun Kesing ( Pijat-pijat ) nak campur dengan lauk ikan hari nie... macam2 nak masak n makan sebab semalam tak makan lagi, sarapan dengan air kopi o panas n roti jek skit sorang.... Sungai entah kemana hala nak makan ikan konon.... hahahah


Terjumpa lagi kami dengan jalan penarikan... jalan tarik keluar balak..... redah n ikut kemana ia pergi... dalam perjalanan tu terjumpa kami sebatan pokok besar. Mungkin saja ditinggalkan oleh pembalak untuk dijadikan pokok induk... besar gak la....


Tak banyak gambar pokok yang aku amik sebab perut dah memainkan lagu Keroncong Untuk Ana... sungai tak jumpa2 lagi... Kawasan ngarai nie memang ada sungai.... laluan airnya bawah longgokan batu besar nie. nak turun amik airnya satu hal. so kene cari kawasan yang sesuai....


Jenut kedua kitaorang temui.... bagus tol la kawasan nie... aktif dengan kegiatan hidupan liarnya... kene selalu pantaula kawasan ni oleh pihak berkuasa.. memang selalu orang memburu dekat kawasan nie.... tapi tak sampai kat sini sebab tiada tanda perburuan dijalankan pun.

Suara burung Kuang memang kitaorang dengar sepanjang perjalanan dari hari semalam hingga hari nie.... dan akhirnya satu lagi penemuan cun yang kita orang jumpa... kawasan DANCING GROUND burung kuang nie... masih aktif... kawasan nie adalah satu kawasan lapang yang mendatar di kawasan hutan, dibersihkan oleh kuang nie untuk kawasan pembiakan. Si jantan akan membersihkan pentas seluas 5mx5m dari sebarang sampah dan tumbuhan. tiada satu daun kering n rumput pun di kawasan dancing nie. Kemudian ianya akan bertenggek di satu tempat berhampiran DG tu dan memanggil Si Betina. Apa bila betina menghampiri, Si jantan akan turun ke DC untuk menari bagi menarik perhatian Si Betina. Si Betina yang tertarik dengan tarian Si Jantan akan turut serta menari sampai ghairah n settelllllllllllllllllll................ hahahahaha

so kawasan macam nie jangan kacau k... nanti burung kuang takde port nak mengawan dan bersenggama...

Perjalanan diteruskan sampai ke ngarai ke tiga..... baru lah dapat jumpa air... itupun mengalir perlahan, dan tak la besar sangat laluan airnya... adala selebar pembaris..... so untuk masak nasi tengah hari tu AKA sarapan pagi... Projek Pembinaan Empangan Bakun dijalankan.... hahahah
Syed yang confius dari awal tak yakin dengan idea kami nak memasak kat cini..... " Mana cukup nak masak air besar nie..." hehehehe itu pasalla orang buat empangan der....

Selesai masak n makan, Syed kumpul air untuk dibawa bersama... takut tak jumpa la tu..... laluan ngarai yang ke lima baru jumpa sungai.... antara bukit 500 dan 700... ada satu kawasan pamah sesuai untuk camping... jam menunjukkan pukul 4.00 petang... sesuai untuk menggantung hammok...
Sungai yang kami jumpa penuh dengan ikan besar2. saiz okla nak buat lauk.... Zain dan Syed ketar kepala melihat ikan.... tanpa melengahkan masa, pancing dan jala dikeluarkan untuk mencari lauk... malam tu lauk ikan goreng rangup..... tak ingat der...

XPDC GUNUNG GAGAK hari pertama


Satu XPDC aku rancangkan pada tahun lepas bersama rakan2 bertujuan untuk merayau2 di kawasan berhampiran Gua Batu Maloi n cuba buat rentis ke Gunung Gagak...

En Hazzain katanya dah berkali2 menguja Gunung Gagak tu namun hampa akibat daripada keadaan hutannya yang berNgarai2 menyukarkan perjalanan..

Kali ini kami berpakat berempat naik untuk cari jalan ke Gunung Gagak... Dengan harapan seandainya berjaya xpdc kali ini boleh la bawa OHM jalan2.... kalau rajin bleh shot terus ke Gunung Rembau dan Dato...

Perancangan awal ingin gerak selepas solat Jumaat ( amik berkat )... persiapan dah disediakan, aku, Zaidi, Hazzain dah sampai awal.... lepak2 sambil mengePACK Bagpack kitaorang... banyak gak harta n barang nak dibawak... pukul 3 petang sudah... masih lagi sahabat sorang lagi nie tak sampai2... kereta rosak la plak di RNR Seremban.... berasap.... katanya mekanik bleh buat kat situ... layan kan jer....

Kul 4 masih lagi tiada bayang.... tetiba lagu Gelisah Ahmad Jais kedengaran..... incoming call phone aku... " Apa, Pasar Tampin? Rosak? Ok, lu tunggu sana gua datang amik.... Temp naik la plak ketenye Syed.....

kul 4.30 aku berjaya sampai semula sampai ke Kem Batu Maloi dengan Syed... Setelah driff di Repah... bleh tahan gak lajunya. biasa 20 minit pergi dan 20 minit balik.... aku buat 30 minit jek hahahah....


Selesai solar Asar, kitaorang gerak menuju destinasi.. pelannya nak ikut anak sungai... perjalanan mengikut jalan motor Orang Asli ke Kg Pinang memudahkan perjalanan...


namun permandangan tak cun akibat dari penebangan dan penerangan hutan oleh penduduk asli menyebabkan peluh jantanku mengalir cepat. Jauh kedengaran aliran jeram sungai maloi mengubati sedikit kelukaan hati.... kejernihan air sungai membuatkan aku geram nak terjun layan berendam dulu.... tapi perjalanan baru 10 minit.... heheheheh


Sayup2 mata memandang, kelihatan syed, zaidi dan zain menghampiri jambatan kecil buatan orang asli ke kampungnya seberang sungai. melompat2 mereka mengeTEST kekukuhan jambatan tersebut. Sempat gak bergambar sekeping dua... sewaktu melintas terasa cuak juga... dahlah backpack berat, tambah berat badan aku lagi.... huhuhu... lantai jambatan dah rongak dan longgar seperti orang sakit gigi.... redah je bro...

Di seberang pohonan getah berumur 2-3 tahun tersusun tumbuh seperti ada orang menanamnya.... heheheh memang la... ladang getah haram orang asli... diaorang la yang tanam getah2 tu... Pokok ubi kayu, limau nipis, keledek, lada, dan macam2 lagi tumbuhan masakan di tanam orang asli nie.... aku n zaidi tertarik dengan lada cili api orang asli nie, memetik 10-20 biji untuk buat bekal dalam perjalanan xpdc nie.... lupa nak beli lada...

Habis mengharungi dan menikmati keindahan ladang getah asli.... kitaorang meredah sungai plak... tak dalam setakat paras betis.... hulu sungai katakan... Zain cuba mengingat kembali laluan yang pernah dia lalui sebelum ini... point penting adalah cabang sungai besar... sempadan hutan pilah n tampin.... 15 minit mengharung sungai dan pasir.... terasa lenguh juga kaki nie... bayangkan aku masuk hutan last sekali tahun 2010 bulan 3 aku rasa.... trip ke Taman Negara Pahang. Masuk Kuala Sat keluar ke Keniam melalui Anak Keniam...

Nak ikut sungai atau jalan balak????

Sungai ...... terpaksa menempuh ngarai, tindihan batu2 besar yang kita kene panjat dan melompat dari satu ke satu batu yang lain atau lorong2 yang menyesatkan.... hahahahah siapa pernah masuk gua batu maloi tahu la...

Jalan balak..... senang, tapi tak tahu kemana halanya jalan tu bawa.... risikonya takut putus2 di tengah jalan, cabang jalan yang menyesatkan.... huhuhuhuhuh....

Oleh kerana hari dah nak gelap dan nak pergi sejauh mungkin perjalanan akibat daripada kelewatan gerak tadi... kitaorang ikut jalan balak... malam pun ok lagi kalau berjalan di atas jalan balak.... bekalan air dah standby, pergerakan dicepatkan sedikit....

Jam menunjukkan jam 7.00... hari dah gelap, bersuluhkan head lamp dan lampu suluh, perjalanan diteruskan. aku seperti biasa jauh ketinggalan di belakang. 5 langkah jalan 10 minit berenti... heheheheh lenguh kaki.... memang aku kalah kalu memanjat bukit nie. jalan balak asyik mendaki. kadang2 jek mendatarnya... 200 meter di depan kawan2 lain berhenti melepaskan lelah dan penat sambil menunggu Sang Siput nie sampai...

Sambil2 rehat sempat gak diorang check line phone... sebelah kanan kitaorang Gunung Tampin... ketinggian hampir 750m... Syed hantar laporan kepada siapa entah... kekasih ke makwe ke... Zain plak tepon isteri... Aku cuba call isteri tersayang tapi tak dapat.... nanti lah call...
Syed aku suruh msgkan kepada awek dia GPS kitaorang dan beberapa maklumat penting mengenai kedudukan kami bagi langkah2 keselamatan...

Perjalanan diteruskan sehingga jumpa satu port baik... sungai tak de, so bermalam di atas jalan balak... laluan angin plak tu... sejuk... masing2 mengeluarkan peralatan khemah dan sama2 memacak flysheet dan alas untuk tido malam nie... jam menunjukkan jam 9.00 malam.... hahahaha rasakan... masak lebih kurang ( meggie jek ) layan milo panas, pastu berbual sampai tertido... syed sambung bersembang melalui phone plak... entah kul berapa stop bergayut aku tak tahu,. rasanya kul 2 time aku bangun sebab nak terkucil, dia masih bergayut..... mau tak terkucil.... sejuk ma.....

Pagi Sabtu bangun awal. Syed lewat subuhnya sebab bergayut sampai kul berapa tah. malam semalam rasanya macam ada binatang besar lalu tepi khemah... heheheh zain pun perasan malam tapi. dia terjaga sebab dengar bunyi benda berjalan tedah semak sebelah dia tido... kuikuikuikui.....