GALERI

Rabu, 18 Mei 2011

Tikus Rumah

SADIS NYER BRUTAL NYER KEJAM NYER



Semalam wife aku buat CHOCOLATE CAKE,

Kecoh dia pasal tikus jadikan rak barang kek dia tempat melepak.

Setahu aku, lubang masuk, operasi zero-mouse aku dah buat... dengan serai wanginya dan macam2 lagi..


Bulan 3 lepas dah berapa ekor masuk perangkap. Siap buat research pasal perangkap tikus lagi. macam2 teknik aku pelbagaikan perangkap tikus. Low cost mouse trap aku siap buat satu... tapi rupanya tak habis2 tikus dirumah ku... ada plak spesies baru nie... CENCURUT.... mengong tol ar.. Berak merata2 belakang peti ais, belakang almari pinggan...


Bengang punya pasal aku pasang la perangkap...


UMPAN TERUBUK MASIN dari Sarawak der...

dekat berapa bulan aku beli aritu simpan dalam peti ais...


Bagus tak bagusnya umpan baru tuh.... tak sampai 5 minit, Tengah2 layan cerita SETINGGAN di Astro ( Cerita sudin, ibrahim pendek, yusni jaafar )

TRAAAAPPPPPPPPPP.........


hahahah.... wife aku pandang aku, aku pandang dia, sama2 berpandangan.... terkejut... dan tak sangka dan tak percaya perangkap mengena dalam masa yang pendek...


Bergegas ke dapur, wife aku tinggalkan keseronokan dunia ( FACEBOOK ) hahahah, sambil mendukung Damia yang belum tidur..... Anak aku meninggalkan keasyikan dunia dia ( BOTOL SUSU ) huhuhuhuh dan aku meninggalkan nikmat sementara ( ROKOK ) semata2 nak tengok perangkap tikus.... huang huang huang...


EEEE...... Besarnya tikus.....


ayat dari mulut wife aku... aku seperti biasa tak tahu nak buat apa dengan tikus tu... macam mana nak buat. Tikus tu menggelepar kesakitan kene kepit kat belakang tengkuk.... mulut dah mengalirkan darah, darah membasahi umpan ikan terubuk yang aku pasang tadi... Berlari aku ke pintu belakang rumah mencari perangkap tikus biasa tuh... Baru nak buka pengepit perangkap tu.... aku tengok tikus tu dak KO.... lembik....


HEMMM..... lepas buang bangkai tikus tu , aku basuh darah yang melekat pada perangkap dan umpan.... Taruk balik di tempat aku pasangkan tadi... Wife aku dah awal2 blah waktu aku handle bangkai tikus tu tadi.... sambung ber FB dan anak aku sambung BERBOTOLAN dia...


Sebelum tido selesai layan SETINGGAN n SHOWDOWN 2011 , aku gi ke dapur minum... Cuba2 intai perangkap.... apasal terbalik kot perangkap nie... rupanya ada seekor lagi kene perangkap, tapi bukan jenis tikus... CENCURUT... muncung panjang tirus.... huhuhuhu... spesies nie busuk gila bau dia... yang nie lagi SADIS... mulut masih menggigit umpan IKAN TERUBUK MASIN tadi... berbeza dengan tikus pertama.... huhuhuuh nak buat macam mana.... kebersihan kene jaga... kesihatan dan mengelak dari kene penyakit berbahaya bawakan spesies nie... MAUT DER.....


Kawasan rumah dah bersih, tapi kawasan sekeliling, rumah orang lain, rumah tinggal dah jadi sarang tikus dan tempat benda nie mmbiak.... susah gak kalu macam nie... SABAR JE LAH....

Operasi menyelamat burung HELANG



Crested Goshawk


Accipiter trivirgatus




Dura: En Man, ada call.

Aku : Siapa?

Dura: Hotel Telekom PD.

Aku : Ok...



Dengan malas menuju menjawab phone.... kerja banyak lagi nie nak buat.... terpaksala tinggalkan sebentar pc...



Aku : Assalamualaikum, boleh saya bantu?

Si A : W,Salam. Dengan siapa saya bercakap nie?

Aku : Rusman puan.

Si A : Sebenarnya nak buat aduan pasal burung helang nie...

OOOOO.. burung helang... dalam hatiku.. Burung helang buat apa kali nie. Teringat kes lalu apabila burung helang serang budak dan tukang sapu di kawasan sekitar hotel di PD... Helang tu bersarang di pokok rhu berhampiran dengan kawasan hotel tu. Oleh kerana terlalu rendah sarang nya sebab takde pokok besar dan tinggi, apabila orang lalu berhampiran pokok tempat ia bersarang, helang tu terbang atas kepala orang tu...


antara sarang burung helang di kawasan tu.



Gangguan????? memang mengganggu dan merbahayakan.... dalam fikiran korang mesti benda itu yang terfikir dulu kan...

Korang sekiranya ada orang yang tak dikenali, macam samseng, merayau2 di sekitar taman dan kawasan runah korang, apa yang korang lakukan??????

Sama la situasinya dengan helang nie... mempertahankan dan mengawasi kawasan sarangnya...

Kenapa bersarang kat situ....

Habitat yang sesuai dengannya... dekat dengan kawasan mencari makan, bersosial, dekat dengan sumber air... cumanya sayang tak de pokok besar untuk dia bersarang... jadi terpaksalah bersarang di kawasan rendah...

Untuk keselamatan dan keselesaan manusia dan helang tersebut, terpaksalah buat sempadan supaya orang tak masuk dalam kawasan private helang tu... orang tak kene serang, helang selesa nak bertelur dan menjaga anaknya...

tapi kali nie bukan masalah tu... masalah lain

Si A : Kami dapat selamatkan burung helang seekor nie. Dia langgar tingkap

hotel.Pekerja kami kurung burung helang tu dalam bakul sekarang nie...

Harap encik dapat datang uruskan helang nie. Kami takut mati jek...

Aku : Baiklah kalau macam tu. Boleh saya dapatkan nombor handphone puan.

Senang nak berhubung nanti. Sebentar nanti kami sampai.


Bila dah selesai bercakap di telepon, aku bersiap, amik peralatan yang perlu untuk menguruskan helang tersebut... sampai2 di Hotel tu , aku berjumpa dengan Si A...



Helang tu dalam keadaan baik cuma stress skit... bila dah pindahkan dari bakul ke perangkap pindah, tutup perangkap pindah dengan kain bagi kurang skit stress burung tu.... Burung sihat... cantik bulunya, cuma bengong2 skit, mungkin terkejut tak hilang lagi lepas langgar tingkap hotel dan stress kene kurung dalam bakul yang sempit...


baru kene siram... bagi cool skit..


hem... nak simpan dulu sehari dua bagi dia ok skit. bila dah ok baru nak lepas semula... pepepun kali ke tiga handle burung helang nie...

Rabu, 4 Mei 2011

Aku dan Gitar :- part 1

darjah 4 seingat aku, aku curi2 petik2 gitar ayah
sedaraku sewaktu di kg arwah nenek. itulah kali
pertama aku pegang gitar.

Tingkatan 4 di perkhemahan beruniform sekolah
di DeRhu Resort di Leban Chondong, Kuala Rompin, Pahang.
Sewaktu kengkawan sibuk training untuk persembahan
Malam Kebudayaan, aku kagum melihat kehebatan
mereka main gitar, heheheh lagu xpdc n lagu di
tepi pantai.... ( kord asas jek)

Di sana mulanya aku start belajar gitar....
gitar kapok... waktu tu aku minat muzik underground,
Pilgrim, Butterfingger, Ramones.. kemudian dikenalkan
kepada Nirvana, Metallica, OffSpring....
Menyanyi mulanya berjinak2 dengan persembahan Nasyid,
Persembahan Kelas sempena Hari Bahasa Inggeris dan
cuba gak masuk Tadarrus Al Quran... heheheh...
Time Azan di asrama berebut nak azan.

Habis sekolah, sementara menunggu result, mula lah
aku lepak sampai pagi main gitar dengan kawan sekampung.
Lagu wajib, Mat Ganja, Ella n Korie, Slam.... hahahah

Dari kord luar ke kord dalam, lagi lagu mudah2 kepada
yang susah2, aku mula mahir pasal gitar.

1998, aku masuk universiti, hari akhir orentasi,
kami dihiburkan oleh satu kelab muzik kolej ku.
menarik n sempoi... kemudian jumpa plak kengkawan
yang pandai main gitar, berpakat ramai2 join kelab muzik kolej.
First show aku main gitar n menyanyi kalau korang
nak tahu adalah di dalam hutan.... Kem Hutan di Puchong heheheh
malam kebudayaan Orentasi Diploma Fakulti aku...

Kumpulan aku bawa lagu Di tepi Pantai n lagu apa entah...
aku pun dah lupa... ada plak permintaan lagu
Chek Mek Muda XPDC.... bebudak lain hanggk kepala
macam dah pergi gig plak. Ada plak member dive
dari atas pentas suruh kengkawan sambut....
malangnya takde sorang pun yang sambut huhuhuhu....
Start pada tu aku mula bergaul dengan expert...
blajar satu persatu bab gitar nie... Akhirnya bentuk satu band.....

bersambung........