GALERI

Rabu, 18 Mei 2011

Operasi menyelamat burung HELANG



Crested Goshawk


Accipiter trivirgatus




Dura: En Man, ada call.

Aku : Siapa?

Dura: Hotel Telekom PD.

Aku : Ok...



Dengan malas menuju menjawab phone.... kerja banyak lagi nie nak buat.... terpaksala tinggalkan sebentar pc...



Aku : Assalamualaikum, boleh saya bantu?

Si A : W,Salam. Dengan siapa saya bercakap nie?

Aku : Rusman puan.

Si A : Sebenarnya nak buat aduan pasal burung helang nie...

OOOOO.. burung helang... dalam hatiku.. Burung helang buat apa kali nie. Teringat kes lalu apabila burung helang serang budak dan tukang sapu di kawasan sekitar hotel di PD... Helang tu bersarang di pokok rhu berhampiran dengan kawasan hotel tu. Oleh kerana terlalu rendah sarang nya sebab takde pokok besar dan tinggi, apabila orang lalu berhampiran pokok tempat ia bersarang, helang tu terbang atas kepala orang tu...


antara sarang burung helang di kawasan tu.



Gangguan????? memang mengganggu dan merbahayakan.... dalam fikiran korang mesti benda itu yang terfikir dulu kan...

Korang sekiranya ada orang yang tak dikenali, macam samseng, merayau2 di sekitar taman dan kawasan runah korang, apa yang korang lakukan??????

Sama la situasinya dengan helang nie... mempertahankan dan mengawasi kawasan sarangnya...

Kenapa bersarang kat situ....

Habitat yang sesuai dengannya... dekat dengan kawasan mencari makan, bersosial, dekat dengan sumber air... cumanya sayang tak de pokok besar untuk dia bersarang... jadi terpaksalah bersarang di kawasan rendah...

Untuk keselamatan dan keselesaan manusia dan helang tersebut, terpaksalah buat sempadan supaya orang tak masuk dalam kawasan private helang tu... orang tak kene serang, helang selesa nak bertelur dan menjaga anaknya...

tapi kali nie bukan masalah tu... masalah lain

Si A : Kami dapat selamatkan burung helang seekor nie. Dia langgar tingkap

hotel.Pekerja kami kurung burung helang tu dalam bakul sekarang nie...

Harap encik dapat datang uruskan helang nie. Kami takut mati jek...

Aku : Baiklah kalau macam tu. Boleh saya dapatkan nombor handphone puan.

Senang nak berhubung nanti. Sebentar nanti kami sampai.


Bila dah selesai bercakap di telepon, aku bersiap, amik peralatan yang perlu untuk menguruskan helang tersebut... sampai2 di Hotel tu , aku berjumpa dengan Si A...



Helang tu dalam keadaan baik cuma stress skit... bila dah pindahkan dari bakul ke perangkap pindah, tutup perangkap pindah dengan kain bagi kurang skit stress burung tu.... Burung sihat... cantik bulunya, cuma bengong2 skit, mungkin terkejut tak hilang lagi lepas langgar tingkap hotel dan stress kene kurung dalam bakul yang sempit...


baru kene siram... bagi cool skit..


hem... nak simpan dulu sehari dua bagi dia ok skit. bila dah ok baru nak lepas semula... pepepun kali ke tiga handle burung helang nie...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan