GALERI

Rabu, 4 Mei 2011

Aku dan Gitar :- part 1

darjah 4 seingat aku, aku curi2 petik2 gitar ayah
sedaraku sewaktu di kg arwah nenek. itulah kali
pertama aku pegang gitar.

Tingkatan 4 di perkhemahan beruniform sekolah
di DeRhu Resort di Leban Chondong, Kuala Rompin, Pahang.
Sewaktu kengkawan sibuk training untuk persembahan
Malam Kebudayaan, aku kagum melihat kehebatan
mereka main gitar, heheheh lagu xpdc n lagu di
tepi pantai.... ( kord asas jek)

Di sana mulanya aku start belajar gitar....
gitar kapok... waktu tu aku minat muzik underground,
Pilgrim, Butterfingger, Ramones.. kemudian dikenalkan
kepada Nirvana, Metallica, OffSpring....
Menyanyi mulanya berjinak2 dengan persembahan Nasyid,
Persembahan Kelas sempena Hari Bahasa Inggeris dan
cuba gak masuk Tadarrus Al Quran... heheheh...
Time Azan di asrama berebut nak azan.

Habis sekolah, sementara menunggu result, mula lah
aku lepak sampai pagi main gitar dengan kawan sekampung.
Lagu wajib, Mat Ganja, Ella n Korie, Slam.... hahahah

Dari kord luar ke kord dalam, lagi lagu mudah2 kepada
yang susah2, aku mula mahir pasal gitar.

1998, aku masuk universiti, hari akhir orentasi,
kami dihiburkan oleh satu kelab muzik kolej ku.
menarik n sempoi... kemudian jumpa plak kengkawan
yang pandai main gitar, berpakat ramai2 join kelab muzik kolej.
First show aku main gitar n menyanyi kalau korang
nak tahu adalah di dalam hutan.... Kem Hutan di Puchong heheheh
malam kebudayaan Orentasi Diploma Fakulti aku...

Kumpulan aku bawa lagu Di tepi Pantai n lagu apa entah...
aku pun dah lupa... ada plak permintaan lagu
Chek Mek Muda XPDC.... bebudak lain hanggk kepala
macam dah pergi gig plak. Ada plak member dive
dari atas pentas suruh kengkawan sambut....
malangnya takde sorang pun yang sambut huhuhuhu....
Start pada tu aku mula bergaul dengan expert...
blajar satu persatu bab gitar nie... Akhirnya bentuk satu band.....

bersambung........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan