Dalam perjalanan balik dari pejabat, biasanya aku melalui kawasan sibuk dengan trafik. Banyak masa aku habiskan atas motor dan kekadang kereta aku mengharungi sungai trafik yang menjerihkan. Sekali tu try ikut jalan kawasan perumahan Dusun Nyior, aku jumpa satu jalan lengang menyusuri sungai tengah perumahan tu.
Dua tiga kali lalu kawasan tu aku rasa selamat, jauh dari pencemaran asap kenderaan, risiko kene kenser, excident.... sampai laluan tu aku tunjukkan kepada isteri tersayang. Senang, cepat dan kurang risiko nya...
Sekali tu aku tertarik melihat bangau di sungai dan bertenggek atas pokok berhampiran sungai. berhenti seketika melihat gelagat bangau mencari makan. Berdiri kaki sebelah dalam air, bersedia menunggu mangsa.
dalam 5 minit duduk memerhati keadaan sekeliling, berapa spesies burung dapat aku jumpa dan kenalpasti. Tak sangka dalam kawasan hutan batu nie masih ada tempat untuk hidupan liar tinggal membiak dan menjalankan aktiviti harian mereka.
Beberapa keping gambar aku amik dan mula mencipta cita2 untuk buat list mengenai burung liar di kawasan sungai tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan