Orang rumah aku sekarang dah bukan saja suri rumah, tapi mula menerima tempahan untuk jahit baju , jahit manik, jahit aksesori seperti sampul bantal, selimut, cadar, dan macam2 lagi.
Selepas 6 bulan kami berjimat cermat nak hantar anak ke rumah pengasuh semata2 nak memudahkan my Wife pergi belajar menjahit. Alhamdulillah, sekarang nie dah terima banyak tempahan menjahit...
Yang orang paling suka skali adalah custom made hand bag dan macam2 jenis beg lagi. My wife suka sangat menjahit bag nie... tempahan mengikut rekabentuk yang pelanggan mahu. pepepun boleh dibawa berbincang dulu la sebelum buat tu..
Paling banyak tempahan sekali tu adalah untuk guddies bag untuk satu majlis perkahwinan adik kawan tu. Jemputan istimewa diorang bagi beg custom made tu.
Pada mulanya oder 30 jek, alih2 tambah lagi walaupun majlis dah jalan. sebab ramai yang berminat dengan hasil kerja my wife tu.
Skali tu bebudak dan anak2 jiran duk lepak kat umah main dengan anak2 aku. Bila diorang tengok beg2 yang menarik wife aku buat, mereka berebut2 tempah, nak buat beg ke sekolah untuk kelas dan KAFA.
Dah la bila bawak ke sekolah tu, ada pulak pelajar lain yang minat... tempah lagi... yang tak tahan nya tu cikgu2 pun turut sama tempah bag... Macam2 jenis bag diaorang oder.. Bekas Pensil, Cover Hard Drive, Purse, Beg Botol Minuman, dan macam2 lagi ar.
Cuma kengkadang tu jumpa pelanggan yang cerewet nie susah skit. Memang besar betul ujian dalam perniagaan nie. Ada orang suka, ada yang tak suka, ada yang puas hati, ada yang nak repair itu nak repair ini... Senang2 bila tak suka, buat je baru yang kene dengan cita rasa diorang. Beg yang dah siap tu boleh jual kat orang lain sebab tak pakai lagi. Pepepun konsep kepuasan pelanggan di dahulukan.
Setakat nie alhamdulillah, tempahan nak kata banyak tu takde la, tapi ada untuk tampung duit modal yang keluar untuk beli kain.
BERSAMBUNG...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan