GALERI

Sabtu, 21 Julai 2012

Percutian Keluarga Hj Jamil Ke Pulau Tioman..


Skali tu , ramai2 gi Pulau Tioman, Kecik besar memikul beg masing2 menunggu giliran nak naik feri... Kali nie trip abang2 ipar yang belanja aku sekeluarga... Terima Kasih semua... Pepepun, bukan belanje free, kene arrange kan percutian ini untuk mereka.... Lalu aku bawa mereka semua ke Island Reef Resort, Kg Genting, Pulau Tioman... lalalalala...


Ramainya orang bercuti kali nie ke P.Tioman. Berebut-rebut naik feri, dan terpaksa duduk jarak2, sebab takde tempat duduk. Duk jauh dari orang rumah yang menemankan ibu mertua n anak-anak. Agak bergelora  laut kali nie. cuaca walaupun panas dari jauh dapat lihat awan hitam mula mengambil alih permandangan di langit.

Jeti Kg Genting


Island Reef Resort.

Sampai2 selesai check in, kitaorang gi layan mandi laut petang tu. Dah mula terbakar kulit yang asalnya memang gelap nie... Seronok melayan anak2 main pantai sampai ke senja.



Hidangan Buffet... Makan la banyak mana nak makan.
Asalkan jangan membazir


Lepas mandi manda, perut pun dah berkeroncong... Dinner Time.... hahah. 4 keluarga sebelah isteri aku menggamatkan suasana malam tu. Memang beh makanan yang disediakan. Makan sehingga kenyang..


Selepas makan, malam masih muda, bulan terang. Cuaca mungkin hujan di tanah besar, tapi di tengah2 laut nie cuaca cantik dan permandangan indah sangat. Merayap2 sekitar Kg Genting melihat kemudahan, kedai2 dan permandangan sekitar kg.


Tertarik dengan satu lukisan mural di salah sebuah kedai menyewa peralatan skuba, gambar diver memancing si ikan duyung, kene gigit punggungnya dengan ikan buntal. Interpretasi menarik pasal pulau nie.


Bercerita pasal interpretasi, ada beberapa kedai menarik perhatian pelawat dengan cara mereka tersendiri. Buah kelapa kering dipasangkan lengkap peralatan snorkeling kelihatan seperti kepala-kepala manusia yang bersedia nak gi snorkeling.


Kedai menjual cenderahati banyak kat sini. Gambar atas nie kedai yang paling banyak barang2 cenderahati, dari pakaian hinggalah keychain2 menarik untuk pelawat bawa balik...

Antara laluan laluan di kawasan kampung Genting...

salah sebuah kedai cenderahati...


Esoknya pagi2 kitaorang dah bangun dan bersedia untuk pakej selanjutnya. 
1. Melawat Kg Tekek, membeli belah di kawasan bebas cukai,
2. Jeti Taman Laut
3. Lapang Terbang Pulau Tioman
4. Melihat Kumpulan Keluang MAN...


Ikan Buntal


Bila nak snokel nie Pak Andak?


Pilih2, mana yang berkenan


Berbual2 sambil menunggu pengangkutan sampai


Permandangan sekitar Kg Genting


Sibuknya jeti... ramai orang weh..


Keluarga Nahmar


Keluarga Zul n Sham


Jeti Jabatan Laut


Tenang 


Kumpulan Keluang Man 1


Kumpulan Keluang Man 2


Duty Free Shop
rokok, coklat, arak je...



Comelnya Damia..




Destinasi Seterusnya....
TAMAN LAUT PULAU TIOMAN


Baiknyer port. Ramai gak manusia kat sini. Barang2 kumpulkan setempat. Biasanya makan tengahari disediakan oleh pihak pengurusan resort, tapau dari resort.


Siapa tak sabar nak mandi n snokel... Sila Angkat tangan..


Permandangan sekitar kawasan Taman Laut


Kalau tak mahu bersesak-sesak boleh lepak di pantai berhampiran. Tapi barang2 kene jaga, Makanan pun tau.. Sebab.....


Sebab..... kawan kita nie...
DONT FEED MONKEY


Muka dah hitam skit..


Bawah pelantar terapung nie banyak batu karang n ikan yang cun2..


tanda sempadan berjaring... takut jerung masuk kot... wakakkaa


Selepas layan taman laut, pakej seterusnya adalah Snokel di Pulau


Berlumba dengan bot lain nak kesana..
Keluarga Rie..


Tu dia... di laut lepas... baru thrill


Tokey resort Mr Azizan.. 
Sempoi n sporting..


Setelah penat snokel... malam tu rehat layan BBQ n Karoke..


Untuk Karoke kene tambah RM la... sebab tak masuk dalam pakej..


Abang Zul


Abang Sham


Penonton n supporter 


Aku... heheheh


Pagi2 bangun selepas sarapan tengok budak2 nie dah stanby
untuk aktiviti seterusnya.. 
Pakej sampai pagi jek, oleh kerana kitaorang nak balik jam 5. So masa terluang
kita orang nak santai2 kat port lain plak... 


Dari Kg Genting ada jalan ke Kg Tengkek.. 
Kitaorang bergerak menuju ke sempadan kg.


Makam Lama Bendahara Pahang IV

 

Permandangan ke lokasi terakhir


Jalan kaki pun lenguh gak... pepepun view cun kat sana.


Pantai penuh dengan karangan mati n kulit-kulit siput.


Hahaha... nie tak sabar namanya...


Aktiviti Damia.... Kene tanam dengan abah dia.



Main galah panjang... Istana Pasir...


Besarnya Penyu... Amna n Naily tengok penyu bertelor.


Aktiviti sampingan ibu n anak.


heheeh.... cukup sampai kat sini.
Insya Allah, ada rezeki nak gi backpack plak ke sini... memusing sekitar pulau, selagi ada jalan selagi itu nak redah... Tido khemah, makan masak sendiri... 
Start dari Kg Salang Ending di Kg Genting

rusmankhairul_24@yahoo.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan