GALERI

Isnin, 23 Julai 2012



Lepas sahaja makan kenduri kahwin kat rumah 
si YAYA KOHM,
 aku dan keluarga, 
rie n keluarga, 
abang zul n keluarga.. 
kita orang gi jalan2 ke penghujung benua asia....


TANJUNG PIAI, JOHOR
cuti-cuti sekolah dan cuti hari pekerja.



Ketibaan kami sekeluarga disambut dengan kehadiran 
seekor kera jantan. 
Puas aku sorok makanan anak aku. N
amun dia tetap datang dekat nak rampas air kotak anak aku.
Peh stress aku datang tempat banyak gangguan kera macam nie..

Apa2 pun, rilek... jauh berjalan nie dari seremban ke JB,... sekarang ke penghujung BENUA tu...
 

 aku memang suka apa2 yang berkaitan dengan interpretif nie. menarik presentation pasal paya bakau nie.
tapi kalau banyak sangat info jadi serabut plak.
yang aku suka papan tanda diorang.




 
Dilarang merosakkan atau mengambil pokok.

Dilarang memburu dan menangkap haiwan.

Dilarang memberi makan kepada hidupan liar.

Dilarang menconteng dan merosakkan kemudahan taman.


Laluan ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia sedang dibaiki waktu nie. Siapa yang datang time nie kene jalan jauh skit.
Aku dan keluarga gerak ke Pulau Karimon... 
hehehe Jeti yang mengadap ke Pulau Karimon tu..
Lenguh jugak kaki... 
tapi layan sebab ada orang tersayang disisi..
Anak2 aku dah ke depan dengan sepupu mereka. 
Seronok berada di jeti.

 
Damia, Sayang, Chicha.

 
 Nyibuk jek budak kecik tu... heheheh

 
Jauh berjalan, luas pandangan, banyak pengalaman..

 
Kawasan berhampiran Jeti De'Tanjung kita dapat lihat 
selat melaka, 
Sebelah kirinya Pulau Kukup, 
Sebelah kanannya deretan kapal laut 
Berhadapan dengannya Pulau Karimon, Indonesia.

Kawasan pokok bakau dah terhakis, kebanyakannya pokok dah tumbang.
Katanya dalam 10 tahun lagi, kawasan tanjung piai nie akan lupus.
harap ianya dapat diselamatkan.

 

Damia n Mummy


Siapa yang masih nak buang sampah merata-rata 
memang cari nahas la... kui..kui..


Perjalanan ke Penghujung Selatan Tanah Besar memang memenatkan tapi berbaloi. Banyak infomasi dan keindahan alam sepanjang laluan walkboard. 
Kesempatan untuk bergambar memang tidak kitaorang lepaskan.

 
Pewitt...


Senang hati tengok orang tercinta senyum.

Antara keunikan di kawasan bakau tanjung piai nie. berjuntai2 akar pokok bakau nie.


Nukilan Love Hijau on Sabtu, 17 Disember 2011

Paya bakau merupakan hutan semulajadi di kawasan pasang surut air laut . Mempunyai tanah berlumpur serta bersifat malar hijau sepanjang tahun, paya bakau merupakan antara ekosistem yang penting bagi kawasan pinggir pantai. Paya bakau merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Mungkin tsunami 2004 yang melanda Banda Acheh dapat dikurangkan jika kawasan pinggir pantainya dipenuhi dengan hutan paya bakau,yang mampu menyerap tekanan dan kuasa tsunami yang hebat itu. Namun itulah ketentuan dan ujian Allah. Jom kita lihat kepentingan hutan paya pakau.


Habitat Dan Ekologi Hidupan Marin dan Fauna lain
Sifat hutannya yang agak padat serta malar hijau sepanjang tahun sangat sesuai bagi hidupan laut. Sifat tananya yang berlumpur dengan akar bakau yang berselirat dan timbul itu merupakan habitat hidupan marin pinggir pantai seperti ikan, ketam, udang, kerang dan pelbagai jenis siput.Keadaannya yang sentiasa berair sangat sesuai bagi ekologi hidupan marin. Malahan terdapatnya hidupan lain seperti monyet dan burung yang turut mendiami kawasan paya bakau. Malahan paya bakau juga merupakan tempat pembiakan burung penghijarah yang biasanya datang jauh dari hemisfera uata atau selatan, demi mengelakkan musim sejuk di tempat asal mereka


Penampan tsunami dan angin kencang
Hutan pakau bakau boeh mempengaruhi pergerakan angin dari laut. dengan litupan dikawasan pinggir pantai angin yang kencang boleh dikurangkan dengan adanya paya bakau. Paya bakau juga boleh mengurangkan tekanan gelombang lautan yang hanya disedari kepentingannya selepas tsunami tahun 2004. Malaysia juga tidak terlepas dengan tsunami tersebut yang membadai kawasan laut negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia yang telah mengorbankan 68 nyawa, serta ratusan ribu yang lain diseluruh dunia termasuklah paling ramai di Indonesia.Paya bakau berperanan sebagai benteng semulajadi yang menghalang hempasan tsunami ke kawasan yang lebih jauh.


Penambak laut Semulajadi
Paya bakau dengan sifat akarnya yang timbul boleh memerangkap tanih dan lumpur.proses enapan akan berlaku yang membolehkan semua sisa lumpur terperangkap dan enapan yang berterusan akan memperluaskan kawasan paya bakau, semakin lama semakin besar .Ini membolehkan kawasan daratan bertambah.namun ambil masa sedikit kerana enapan mengambil masa yang panjang sebagai penambak laut.

Kayu bakau pelbagai kegunaan domestik dan perindustrian
Kayu bakau memang sudah popuar sebagai bahan binaan, kayu arang, kayu api, menyamak kulit haiwan . Sifatnya yang tahan serangan serangga perosak, tahan perut dan kulat membolehkan kayu bakau digunakan sebagai cerucuk. Cerucuk merupakan bahan asas, atau tapak bagi tiang rumah atau bangunan, yang ditanam, sebelum lapisan atas cerucuk dilapisi simen dan besi untuk menaikkan tiang. Malahan bagi jenis Rhizophora dan Brugiera boleh digunakan untuk membuat bot jika cukup umur dan matang.


Hutan Bakau untuk eko pelancongan
Hutan paya bakau merupakan aset pelancongan negara. Industri pelancongan berasaskan ekologi alam sekitar, merupakan konsep yang sangat popular di seluruh dunia. Pelancongan dari barat dan Jepun terutamanya suka kepada keindahan alam semulajadi. Paya bakau mampu menjadi pilihan pelancongan kerana keindahan serta sifatnya sebagai habitat hidupan marin serta fauna seperti burung penghijrah. Malahan terdapatnya juga serangga unik seperti kelip-kelip yang pastinya akan menjadi pilihan pelancong.

 http://www.lovehijau.com/2011/12/kepentingan-hutan-paya-bakau.html



Akar Jangkang Pokok Bakau Minyak
Tertinggi
4.27 meter
14 kaki
di Tanjung Piai.

Mana siputnya????


Aha... ini la siputnya... 
tapi sayang dah mati.. 
banyak yang tinggal kulitnya saja...
Boleh dimakan ker? macam siput sedut tu.. 
Entah, aku pun tak tahu.
Besarnya lebih kurang lebar dua jari orang dewasa.


ini ikan belanak k... 
bukan ikan tembakul..
seronok kalau dapat tengok yang memanjat pokok... 
tapi kat sini dapat tengok yang kecik2 jek...

 
Memang tak dapat lepas la kawasan nie dari 
menerima kiriman dari negara luar... 
sampah2 yang hanyut daripada laut... 
Jadi dengan pemasangan pagar sampah ini dengan harapan 
dapat mengelakkan sampah hanyut ke 
seluruhan kawasan tanjung piai nie.

http://billyinfo.blogspot.com/2012/04/benua-sampah-terbesar-di-dunia-di.html

Damia, Amna n Chicha... 
habis globe tu diorang panjat. 
Nasib baikla berantai, kalu tak dah laju berpusing.

ada gak kengkawan YAYA yang kitaorang jumpa di majlis kenduri tapi.. heheh patut la macam kenal jek... 
Dah jadi alat permainan globe tu. 

Zul Sekeluarga.

Papa... Dahaga... heheheh

Rasa penat berjalan hilang setelah sampai di dataran nie. 
Dengan permandangan laut lepas selat melaka, 
angin sepoi-sepoi bahasa, 
cuaca plak agak mendung...

Tak sangka dapat gak jejak kaki ke sini. Ingatkan setakat tanam impian jek.

Alhamdulillah..
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan