GALERI

Isnin, 30 Julai 2012



Bubur Lambuk 

Bahan-bahan :
 
Bahan kering
  • 1 cawan beras
  • 2 sudu lada hitam tumbuk.
Bahan dikisar
  • 3-4 ekor ikan kembung ( rebus amik isi )
  • Air rebusan ikan
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih 
  • 2 inci halia
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 genggam udang kering 
  • 1 saiz dadu belacan
  •  
daun kaduk


Daun-daun dan bahan campuran lain
  • daun kaduk... jangan banyak2... cukup 2-3 helai jek.
  • daun selasih
  • daun kaduk
  • pucuk miding / pucuk paku merah
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • kangkung
  • kentang
  • 1 mangkuk isi ayam kerat saiz dadu
  • 1/2 kilo udang dibuang kulit
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
 pucuk midin AKA pucuk paku merah

Cara-cara :
  1. Rebus beras sehingga jadi bubur. 
  2. Masukkan bahan dikisar dan kacau.
  3. Masukkan udang, ayam serta kentang.(daging pun boleh )
  4. Bila semua dah masak dan naik bau, masukkan daun-daun.
  5. Masukkan lada hitam tumbuk.
  6. Jika terlampau pekat boleh tambah air. 
  7. Hidang panas2 dan baca bismillah sebelum makan...

 daun selasih


pucuk ubi kayu

nak lagi sedap tambah ubi keledek, daun ubi keledek, daun kangkung, sotong, dan ikut kreativiti anda...
selera aku, kene dengan daging goreng halia... masyuk..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan