GALERI

Isnin, 23 Julai 2012

Kursus Sukan Mendaki Level 1, SEACF


12-13 MEI 2012, 
berkesempatan aku dengan 4 orang rakan lain dijemput menyertai satu kursus anjuran 
Kementerian Belia Dan Sukan, 
Jabatan Belia Dan Sukan 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..

Bertempat di Komplek Belia dan Sukan Bukit Kiara. 
Seramai lebih kurang 30 orang peserta dari pelbagai kelab dan persatuan. Antaranya dari persatuan mendaki kuala lumpur, geng lompat tali , kawan dari gombak ( aktif di Damai )

Pagi2 bertolak dari Sg Buloh, naik kereta laju Yus KOHM dengan abang Ipar aku ( Rie ).. Jalan cun hari tu takde jem. Asyik bersin jek kete Yus, turbo katakan. Syok gak Charade Aura turbo nie. Memang salah satu pilihan hati kalau ada duit lebih. hehehe..

Sampai2 di Komplek Belia n Sukan Bukit Kiara, di Jerol n Sepul dah standby di parking. 

dari kiri : Jerol , Rie, Sepul dan Yus..


Bermula dengan minum pagi, kemudian taklimat program dari urusetia, 
bukan main sejuk duduk dalam kelas. Aircond satu jek berfungsi.. berpeluh2.

Selesai taklimat, sesi suaikenal dengan peserta-peserta lain pun mula.. seorang demi seorang peserta memperkenalkan diri, bila tiba turn aku, terkelu sekejap.. heheheh
biasa aku yang handle aktiviti suaikenal di kem BIO_D Bt Maloi, kali nie aku plak yang kene jadi peserta.

peserta dari Persatuan Mendaki Wilayah
orang kuat PMM


 Budak U mana entah. Lupa Plak. KLMU ke 

Bro Rashid Juruletih AKA Tenaga Pengajar

Selepas teori di dalam kelas, lepas makan tengahari, kelas ke dua dijalankan di luar.
Kali nie kelas ikatan dan simpulan. macam2 gaya para peserta nie. Kursus yang agak santai mengisi waktu petang sebelum kelas memanjat.

Aku dengan Sepul

 
 
Petang tu tamat dengan sesi memanjat dan belay.. teknik penggunaan ikatan dan simpulan yang biasa di gunakan ketika sukan memanjat, besar gak tugas belayed nie..
walaupun yang memanjat tu beh rasanya, tapi the best climber need real belayed.

13 MEI 2012

Alhamdulillah, Negara kita masih aman... teringat peristiwa 13 Mei 1969... walaupun tak melaluinya, namun cerita2 yang disampaikan, dan artikel2 yang di paparkan, sedikit sebanyak memberi gambaran peristiwa bersejarah tersebut.
 

Pagi tu gerak naik kereta aku... Driff dari Sg Buloh sampai Komplek Belia Dan Sukan, Bukit Kiara.
Peserta masih lagi bertaburan. Menunggu minum pagi disediakan.. Nasi lemak, teh o..
Selepas sarapan semua peserta berkumpul di dataran. 
Kelas ke Empat... Isyarat dan Komunikasi...
On Belay............Belay On
dan macam2 lagi la...

Kelas ke 5

Ujian Ikatan dan Simpulan... 
ujian yang memastikan samaada lulus ke tidak kursus nie..


Khusyuk buat latihan ikatan. Rugi o kalau tak lulus.


Muka konfident jek nak amik test....


Pemeriksa, Pemberi Markah... Juruletih kelulusan SEACF

a) Figure 8 Knot     
b) Figure 8 Bend     
c) Figure 8 Loop Follow Through    
d) Figure 8 Double Loop
e) Double Overhand Stopper Knot
f) Double Fisherman's Knot
g) Munter Mule
h) Alpine Butterfly
i) Bowline
j) One Handed Bowline
k) Prusik Knot
l) Klemheist
m) Rolling Hitch
n) Girth Hitch
o) Water Knot
p) Blake's Hitch
q) Clove Hitch

 Yeh..Lulus... Senyum masing2 ye..

Majlis Penutup

Timbalan Pegawai Belia dan Sukan Wilayah

Tamat majlis penutup, peserta berpeluang memanjat dinding batu buatan... artificial wall climbing ... 
ada sedikit gerun la... aku setakat ketinggian 6 jek... tangan n kaki dah tak larat menampung berat badan.
Memang memerlukan tahap keberanian yang tinggi, kepercayaan tinggi kepada Belay yang jaga tali kita.
kekuatan lengan n kaki penting serta bijak memilih laluan dan gaya pendakian.

 Bergambar sebelum balik.
Kunjungan dari Pendaki Everest kita.. Dato Mohandas Nagappan..

SEMAKIN TINGGI PENDAKI DAKI, SEMAKIN TINGGI EGO MEREKA.

harap aku tak macam tu.







 


  





Tiada ulasan:

Catat Ulasan