GALERI

Jumaat, 26 Ogos 2011

Penangan Bubur Lambuk

Abang nak makan bubur lambuk , kene cari pucuk paku merah la.. Ikan kembung banyak lagi nie.." kata isteri ku...
Meleleh air liur aku mendengar perkataan BUBUR LAMBUK... Memang kegemaran aku makanan tu. Kalau boleh hari pertama Ramadhan berbuka Lambuk, tengah Ramadhan buka Lambuk, penutup Ramadhan buka lambuk... huhuuh Setakat nie dah 3 kali orang umah masakkan.
First time tu, oder daun-daun dengan abang ipar aku yang kebetulan balik ke rompin, pahang... di sana jual RM 1, satu set, daun kaduk, daun kesum, daun kunyit, daun pucuk paku merah. Rencah paling penting Pucuk Paku Merah nie la... taruk banyak2 memang kaw la bubur lambuk tu..
Oleh kerana gian nak makan Bubur Lambuk aku start kereta aku merayau2 ke Jalan Pantai Negeri Sembilan menuju ke Jeram Toi, Jelebu. Susah jugak nak jumpa habitat Pucuk Paku Merah nie... Akhirnya jumpa selepas simpang nak ke Lenggeng. Kawasan berpaya skit. Memandangkan kene meredah paya skit, aku cancelkan dulu nak amik di kawasan tu, cuba cari dulu di kawasan lain.
Selepas air terjun kecil di sebelah kanan sewaktu mendaki bukit tangga, ternampak beberapa kumpulan tumbuhan tu, aku teruskan perjalanan menuju ke jeram toi dengan harapan jumpa kawasan yang lebih banyak tumbuhnya. Adala 3 -4 kelompok tumbuhnya sepanjang pendakian bukit tangga ke jeram toi.
Berpatah balik dari jeram toi , aku berhenti mengutip di setiap kawasan tumbuhnya pucuk paku merah tu.. detik di hati macam tak cukup untuk seperiuk 14 inci yang biasa isteri aku masak bubur tu untuk 2 sukatan beras. Lantak la dari takde langsung.
Dah pupus ke pucuk paku nie?
Susah sangat nak jumpa. Seingat aku di Taman Botani Putrajaya, kawasan taman paku pakis tu pun aku tak jumpa pucuk paku merah nie. Pihak pengurusan Taman Botani Putrajaya kene la tambah spesies tu kalau terbaca blog aku nie...
Malam tu bermangkuk-mangkuk kene Bubur Lambuk. Alhamdulillah, namun masih adakah bubur lambuk 10 tahun akan datang, sama dengan bubur lambuk sekarang.
Apa pula alkisahnya dengan kelangsungan hidup spesies pucuk paku merah.....
Apa kaitannya dengan kelangsungan hidup orang Melayu.
Kemanakah arahnya warisan dan tradisi orang Melayu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan