GALERI

Jumaat, 26 Ogos 2011

SURVIVAL LEMANG DI HARI RAYA

Raya Aidilfitri tahun 2011 nie, bakal disambut dekat Rompin ,Pahang. Target aku mesti meriah sebab 3 hari sebelum raya tu semua ipar duai aku dah berada di Rompin. Abah mertua aku oder peha kambing sepukang untuk dibawa balik ke Rompin. Jauh tu oder kambing hehehehe.

Tengah2 layan FB, ada plak petik pasal lemang. Nak bakar lemang malam raya nanti. Peh... mana nak cari buluh lemang nie. Tahun dulu2 pun aku beli kat area Batu Kikir, N9 buluh lemang. Tahun nie nak gerak balik tengah malam, mana sempat nak singgah Batu Kikir cari buluh lemang.

Tinggal sehari jek lagi nie, malam nanti nak gerak ke Rompin, konvoi dengan abang ipar aku dari Sungai Buloh... huuhu, pagi2 ada mesyuarat dengan Jabatan Veterina. Nak solat Jumaat lagi... Ark...

Tawakkal.... kalu ada rezeki, adalah...

8.45am gerak ke Jabatan Veterina di Jalan Pantai. Mata liar memerhati tepi2 jalan. Alhamdulillah, ada pulak gerai lemang diorang setup tepi Man Tomyam Jalan Pantai nie... tapi tak start masak lagi diorang. Kosong jek. Buluh pun tak potong lagi. Takpe... petang nanti cuba usha jap naik motor... hehehehe

Mesyuarat berkaitan dengan Sambutan Raya, Sambutan Hari Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia nanti. habis mesyuarat, aku ngan bos gi layan rusa rintik depan pejabat Veterina tu. Memasing pasang angan2 nak ternak rusa. heheheh. dapat 1 jantan, 2 betina dah boleh start jadi penternak rusa... tapi modalnya kira2 dalam 6 ribu jugak tu... heheeheh. amik dari anak mungkin murah skit..

On the way balik ke pejabat, lalu skali lagi kawasan orang jual lemang tu. Nampak dah ada orang duk buat kerja di gerai. Takpe, nanti aku singgah ye...

Solat jumaat dalam keadaan tenang, cuaca agak mendung, hujan renyai2, .... balik ke pejabat, buat apa yang patut, mengecek sampul duit raya dengan gadis2 pejabat. Kul 4 aku keluar pergi cari gerai lemang tadi... Peh.... bersusun kayu api, panjang khemah bakar lemang nie nanti lebih kurang 80 kaki ( khemah 20kaki x 20kaki ) ada dalam 4 buah khemah. huhuhuh. Besar bisnes brother nie. Diaorang tengah potong daun pisang untuk lemang diaorang...

Aku: " Assalamualaikum bang"
Dia: " Waalaikummussalam"
Aku: " Tumpang tanya la bang, abang jual buluh lemang tak?
Dia : " Jual dik, nek berapa? Abang jual RM1 sebatang, adik pilih la kat sana.
Aku dalam hati : " Wah ini sudah bagus"

Selesai pilih buluh lemang dan bayar duitnya, aku gerak ke rumah hantar buluh lemang tu dulu, Kemudian baru ke pejabat. Bos dah hilang pergi servis kereta. Tukar minyak hitam katanya. Jam dah 4.30pm, sorang staff dah nak gerak balik.... Dengan semua orang dia jumpa mintak ampun dan maaf. Dengan budak perempuan, berpeluk cium bersalaman.... dengan aku tak nak plak... heheheh... memang la sebab dia perempuan.

kul 4.55pm..... beratur panjang masing2 yang balik awal nie. Riuh sekejap bahagian pentadbira dengan gurau senda serta pertanyaan bila gerak balik kg... heheeh nasib baik la boss tak de...

kul 5.30pm aku masih lagi kesorangan , belum mahu pulang.... nak amik mood balik raya hehehe. pasang lagu Musafir di Aidil Fitri.... kosong pejabat dah... check suis plug semua, suis accond, pintu pejabat boss, bilik file, bilik kuatkuasa.... pejabat atas aku dah tak kuasa nak check... heheheheh.

SELAMAT HARI RAYA SEMUANYA>>>>>

Persoalan......
Apakah nasib spesies buluh lemang 10 tahun akan datang.

Kemana arahnya warisan tradisional makanan lemang kita nie nanti...
Pandai ke anak2 kita makan dan masak lemang nanti...
Dimana tahap survival orang kita... jika buluh lemang tak kenal, masak lemang dalam buluh tak pandai, dan spesies buluh lemang dah pupus.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan